• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dasar Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan Perhebat Kesiapsiagaan

oleh
21/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dasar Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan yang sedang dibangunkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dapat memperkasa pengurusan dan memperhebat kesiapsiagaan risiko bencana negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain menambah baik kefahaman mengenai risiko bencana, dasar itu juga dapat meningkatkan pelaburan dalam inisiatif pengurangan risiko bencana dari aspek kapasiti sumber manusia, pemerkasaan institusi, perluasan langkah mitigasi dan aplikasi teknologi.

“Saya juga dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Nadma bahawa satu daripada usaha yang sudah dijalankan oleh pihak Nadma untuk memberi kesedaran dan kefahaman kepada orang awam mengenai risiko bencana yang terdapat di Malaysia, adalah melalui penerbitan dokumen Daftar Risiko Kebangsaan (NRR) untuk orang awam,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan webinar Risiko Bencana di Era Perubahan Iklim anjuran Nadma, hari ini.

Dokumen itu yang disediakan dengan kerjasama rakan strategik Nadma, Pusat Kajian Bencana Asia Tenggara, Universiti Kebangsaan Malaysia (SEADPRI-UKM), akan dilancarkan Perdana Menteri Khamis depan.

Ismail Sabri berkata, NRR adalah usaha yang baik dalam menyedarkan Keluarga Malaysia tentang pengurusan bencana yang telah dilaksanakan di negara ini, jenis bencana sedia ada dan tindakan susulan yang boleh dijadikan rujukan.

Dokumen berkenaan juga boleh digunakan untuk tujuan kajian perancangan dan pemetaan, pemantauan, sistem ramalan awal, pencegahan, mitigasi dan strategi pengurangan risiko.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, strategi, pelan tindakan dan program pengurangan risiko bencana yang dibangunkan perlu mengarusperdanakan pengurangan risiko bencana dalam semua sektor selain koheren dengan instrumen global antaranya Perjanjian Paris untuk mencapai aspirasi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Katanya, pendekatan sains dan teknologi juga adalah langkah penting dalam mengintegrasikan pengurangan risiko bencana dengan adaptasi perubahan iklim.

“Dalam mendepani risiko bencana, kesejahteraan Keluarga Malaysia adalah prasyarat utama, kita mensasarkan rakyat yang sentiasa peka terhadap risiko bencana, mempunyai daya tahan dan berkebolehan dalam mengadaptasi keadaan bencana dalam era perubahan iklim ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Dasar Pengurangan Risiko Bencana KebangsaanNADMAPerdana Menteri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kesan Konflik Asia Barat Terhadap Negara Masih Terkawal – Anwar

Kesan Konflik Asia Barat Terhadap Negara Masih Terkawal – Anwar

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kesan konflik di Asia Barat terhadap Malaysia masih terkawal. Bagaimanapun,...

Isham Jalil Saran Anwar Berundur, Dakwa Tidak Mampu Tadbir Negara

Isham Jalil Saran Anwar Berundur, Dakwa Tidak Mampu Tadbir Negara

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan penyelarasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd