• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Contoh Terbaik Pemimpin Negara”

oleh
16/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menunaikan solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, hari ini tular di media sosial.

Ia selepas Ismail Sabri dilihat hadir ke masjid tanpa sebarang kawalan keselamatan dan protokol.

Malah, menerusi hantaran video dimuat naik beberapa pengguna laman sosial, Ismail Sabri yang mengenakan baju Melayu warna biru terlebih dahulu menunaikan solat sunat dan duduk di bahagian belakang bersama jemaah lain.

Mynewshub

Pendakwah bebas, Ustaz Rahim Azhari menerusi video dimuat naik di TokTok berkata, tindakan Ismail itu adalah contoh terbaik pemimpin negara.

“Kenal tak siapa dalam gambar ini? Tadi saya solat Jumaat di Masjid Putrajaya, saya nampak sosok tubuh ini, masyaAllah. Dia (Perdana Menteri) masuk masjid, mula-mula saya tak perasan siapa dia. Tapi bila dia bentang sejadah dan solat sunat, dalam hati saya, ya Allah ini. Betul, ini dia. Lama saya tengok, betul ini dia.

“Selepas itu saya terfikir, dia antara pemimpin tertinggi dalam negara, masuk masjid dalam keadaan ramai orang, tidak ada pengiring, tidak ada keistimewaan untuk bawa ke depan. Kalau dia lambat, dia duduk di saf belakang sama macam rakyat biasa.

“Pada saya ini satu contoh dan ikutan yang patut dicontohi. Satu kualiti kepimpinan yang patut kita ikut, merendah diri, tak pernah merasa diri hebat dan gunakan kuasa yang ada untuk bawa diri ke depan. Tapi dia macam orang biasa saja,” katanya.

Sementara itu, personaliti RTM, Khairol Azwan Arba yang turut berada di masjid sama kagum dengan Perdana Menteri.

“Terbaiklah YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri pun tak kisah duduk belakang dengan kami. #Respect,” tulisnya di Facebook.

Berdasarkan tinjauan di hantaran video yang tular itu, kebanyakan komen memuji sikap yang dipamer Perdana Menteri itu.

Ini bukan kali pertama Ismail Sabri menjadi tular dan mendapat perhatian di media sosial. Sebelum ini, beberapa aksi bersahaja beliau berjaya dirakam orang ramai yang memperlihatkan bagaimana dia mendekati rakyat tanpa sebarang kawalan dan protokol khas. – myMetro Online

Tags: Ismail Sabri YaakobMasjid Tuanku Mizan Zainal AbidinPerdana Menterisolat Jumaat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hadi Awang Tolak Jadi PM Jika PN Menang PRU16

Hadi Awang Tolak Jadi PM Jika PN Menang PRU16

15/09/2025
0

ALOR SETAR: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menolak kemungkinan beliau akan menjadi Perdana Menteri sekiranya Perikatan Nasional (PN)...

Rakyat Anggap Pengumuman Perdana Menteri Melebihi Jangkaan

Rakyat Anggap Pengumuman Perdana Menteri Melebihi Jangkaan

23/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pemberian RM100 secara sekali beri kepada setiap warganegara berusia 18...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd