• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Pertimbang Kerjasama Dengan PN Hadapi PRN Melaka

oleh
06/10/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MASJID TANAH – Barisan Nasional (BN) Melaka mempertimbangkan cadangan untuk menjalinkan kerjasama politik dengan Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Rauf Yusoh berkata, pihaknya beranggapan ia cadangan yang baik dan akan diteliti sebelum dibawa ke peringkat tertinggi parti untuk diperhalusi.

“Kita mengalu-alukan cadangan Pengerusi PN, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen semalam, supaya BN dan PN menjalinkan kerjasama politik dalam menghadapi PRN ini.

“Namun, perkara itu akan dibincangkan terlebih dahulu dengan kepemimpinan tertinggi di Ibu Pejabat BN untuk diperhalusi. Hasrat itu sangat saya hargai dan saya akan mengangkat perkara ini untuk pertimbangan parti dalam masa terdekat,” katanya ditemui di kediamannya di Kampung Pulau di sini, hari ini.

Semalam, Mohd Rafiq yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka dilaporkan bersedia untuk berunding dengan UMNO bagi mengelakkan pertembungan kerusi pada PRN.

Malam tadi, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan, UMNO masih belum memutuskan untuk menjalinkan kerjasama dengan parti lain termasuk PN bagi menghadapi PRN Melaka.

Beliau dilaporkan berkata, UMNO Melaka perlu mengemukakan permohonan kepada pucuk pimpinan parti mengenai setiap cadangan kerjasama berkenaan sebelum keputusan rasmi mengenainya dibuat.

Sementara itu, Ab Rauf berkata, pihaknya sudah bersedia sepenuhnya untuk berhadapan dengan PRN.

Katanya, BN negeri sudah mengarahkan semua jentera parti untuk melakukan persediaan awal sebelum tarikh pilihan raya diumumkan.

“Kita sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya negeri pada bila-bila masa,” katanya. – myMetro Online

Tags: Barisan Nasionalperikatan nasionalPilihan Raya Negeri MelakaUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Diesel Negara Jiran Kini Lebih Rendah Berbanding Malaysia – Takiyuddin

Harga Diesel Negara Jiran Kini Lebih Rendah Berbanding Malaysia – Takiyuddin

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga diesel di negara jiran iaitu Thailand, Indonesia dan Vietnam kini lebih rendah berbanding Malaysia yang merupakan...

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd