• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belanjawan Tiada Impak Besar Ekonomi, Perlu Struktur Semula

oleh Mohd Arshad
29/10/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Bajet tahunan tidak akan memberi impak besar dalam penstrukturan semula ekonomi Malaysia yang ketika ini memerlukan transformasi hebat dan holistik.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pertumbuhan purata tahunan negara tahun ini amat perlahan sehingga menjadikan Malaysia antara negara yang kebelakang.

“Ekonomi Malaysia perlu diberi perhatian untuk diset semula dan bukan bergantung pada satu pembentangan bajet tahunan. Ini adalah kerana beberapa isu berkaitan dengan struktur ekonomi dalam negara ini sudah wujud sejak sebelum pandemik Covid-19 melanda.

“Dari segi saiz ekonomi, selepas Krisis Kewangan Global pada tahun 2008, ekonomi Malaysia berjaya menjadi yang ketiga terbesar di ASEAN selepas Indonesia dan Thailand.

“Walaupun begitu, kini kita telah diatasi oleh Filipina, Vietnam dan Singapura dengan pertumbuhan purata tahunan sebanyak 3.9% antara 2008 dan 2020 yang juga paling perlahan di rantau ini,” jelasnya.

Menurut Johari, Malaysia telah ketinggalan dari segi pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita, dengan purata pertumbuhan tahunan hanya pada 1.9% sejak 2008 hingga 2020.

Sementara itu, negara lain di rantau ini menikmati purata pertumbuhan yang teguh dalam tempoh tersebut seperti Indonesia, 6.5%; Thailand, 5.3%; Filipina, 5.5%; Vietnam, 11.9%; Myanmar, 10%; Kemboja, 8.6% dan Laos, 16%.

Johari menjelaskan negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam telah meninggalkan Malaysia dari segi menarik pelaburan langsung asing (FDI) dengan aliran masuk FDI ke setiap negara mereka di rantau lebih daripada USD15 bilion.

“Negara jiran jauh kedepan berbanding Malaysia yang pada masa sekarang hanya berjaya memperoleh aliran masuk FDI sebanyak USD3.5 bilion tahun lepas .

“Dahulu kita menjadi destinasi pilihan FDI di rantau ASEAN tetapi kini tidak lagi,” katanya.

Lebih mengecewakan apabila Covid-19 melanda, keadaan pendapatan isi rumah terjejas dengan teruk apabila kadar kemiskinan meningkat daripada 5.6% pada 2019 kepada 8.4% pada 2020.

“Hal itu membawa kesan kepada lebih 200,000 isi rumah yang menyaksikan pendapatan mereka jatuh di bawah pendapatan garis kemiskinan negara iaitu RM2,280.

“Hutang isi rumah kepada KDNK pada tahun 2020 mencecah rekod tertinggi sebanyak 93.3% berbanding 82% pada tahun 2017 ini menunjukkan bahawa isi rumah berpendapatan rendah kekal diregangkan dari segi kewangan,” ujarnya. – Utusan Online

Tags: Bajet 2022
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kementerian Kewangan Tangguh Pelaksanaan Tiga Duti Eksais, Cukai Di Bawah Bajet 2022

Kementerian Kewangan Tangguh Pelaksanaan Tiga Duti Eksais, Cukai Di Bawah Bajet 2022

21/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan hari ini mengumumkan penangguhan tarikh kuat kuasa tiga duti eksais dan cukai yang diumumkan di bawah...

Semua Kementerian Diminta Percepat Projek Pembangunan – PM

31/05/2022
0

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) – Setiap kementerian telah diminta untuk mempercepatkan projek pembangunan kerana ia memberikan kesan berganda khususnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd