• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

93 Kematian COVID-19 Dilaporkan Semalam

oleh
12/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sejumlah 93 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 27,422 kes, iaitu kira-kira 1.2 peratus daripada 2,346,303 kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Data KKM di portal COVIDNOW memaklumkan, sejumlah 16 daripada 93 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (BID).

Dalam pada itu, penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) di hospital kerajaan terus mencatat penurunan, dengan kadar 63.3 peratus bagi keseluruhan pesakit, dan 54.8 peratus bagi pesakit COVID-19.

Bagaimanapun, kadar penggunaan katil ICU di lima negeri dan wilayah masih melebihi 70 peratus, dengan Pulau Pinang mencatat kadar penggunaan tertinggi iaitu 81.2 peratus.

Ini disusuli Sarawak (74.6 peratus), Kuala Lumpur (73.8 peratus), Johor (73.3 peratus) dan Perak (70.6 peratus). Namun, hanya Sarawak yang merekodkan peningkatan kes ICU.

Selain itu, sejumlah 756 pesakit aktif di ICU direkodkan di seluruh negara, dan Lembah Klang yang tertinggi dengan 151 pesakit, selain Sabah (110), Sarawak (108), Perak (75), Pulau Pinang (72), Kelantan (60), Jojor (58) dan Kedah (55).

Jumlah pesakit COVID-19 yang memerlukan bantuan pernafasan pula terus mencatat penurunan sejak Ogos lalu, dengan kadar penggunaan sebanyak 41.5 peratus di seluruh negara setakat tengah malam tadi. – BH Online

Tags: kematian covid-19KKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd