• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Datuk Dalang Dadah Felda

oleh
20/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – ‘Hantu’ yang membawa masuk bekalan dadah dan menjadi punca penagihan serius dalam kalangan ribuan peneroka Felda di negara ini berjaya diberkas susulan kejayaan polis menahan dua individu bergelar Datuk.

Sumber berkata, dua suspek utama terbabit diberkas kelmarin di Kuantan, Pahang, susulan operasi khas dilakukan pihak polis bagi mengesan dalang utama membekalkan dadah ke kawasan Felda terutama di negeri Pahang.

Menurutnya, suspek yang hidup mewah itu ditangkap bersama seorang lagi wanita tempatan yang dipercayai aktif membawa masuk dadah dari negara jiran sejak lebih setahun lalu.

“Siasatan awal polis mengesyaki suspek menggunakan ‘saluran’ atau hubungan rapat dengan pihak berkuasa bagi memudahkan barang haram itu dibawa masuk melalui pintu sempadan negara.

“Biasanya muatan barangan import dari Thailand itu diisytiharkan sebagai pakaian, makanan atau keperluan rumah. Namun terdapat bungkusan dadah dari negara jiran disembunyikan di dalamnya,” katanya.

Dia berkata, dadah yang berjaya dibawa masuk ke Malaysia itu kemudian akan diagihkan kepada pengedar dadah tempatan untuk dijual kepada penagih di kawasan tanah rancangan Felda.

“Setakat ini lebih empat kilogram heroin berjaya dirampas polis dan usaha mengesan lebih ramai individu terbabit dengan sindiket itu masih diteruskan hingga kini. Polis tidak menolak kemungkinan lebih ramai suspek akan diberkas.

“Malah, siasatan turut menjurus kepada pembabitan pegawai atau kakitangan agensi keselamatan yang disyaki ada hubung kait dengan suspek diberkas itu,” katanya.

Difahamkan operasi membongkar sindiket itu diteruskan pihak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman sehingga semalam.

Kejayaan terbaharu itu adalah susulan operasi berterusan pihak polis bagi melumpuhkan kegiatan pengedaran dan penagihan dadah di tanah rancangan Felda di negeri Pahang.

Terbaharu polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang berjaya memberkas 140 penagih dan pengedar dadah hasil operasi Op Sarang Khas tertumpu di beberapa Felda di daerah Rompin, Pahang.

Operasi bermula 11 Oktober sehingga 16 Oktober lalu, membabitkan Felda Tun Razak, Felda Selancar, Felda Chanis dan beberapa kawasan Felda di Muadzam Shah serta Kuala Rompin.

Melalui operasi itu, polis berjaya merampas lebih 1.4 kilogram dadah jenis heroin dan 66.05 gram syabu yang dianggarkan bernilai RM105,200.

Turut dirampas pacuan empat roda dan wang tunai RM6,500 milik pengedar dadah yang diberkas polis.

Difahamkan, seramai tujuh tokan dadah berjaya ditangkap dan diambil tindakan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB 1952) dan Seksyen 39A(2) ADB 1952. Manakala seorang lagi ditahan dan diambil tindakan mengikut Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK).

Dalam operasi berasingan, polis turut membongkar aktiviti penyalahgunaan dadah di ladang kelapa sawit Felda Mempaga di Bentong, Pahang.

Operasi diketuai Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar itu berjaya memberkas 24 individu termasuk seorang tokan dadah selain merampas 8.95 gram dadah heroin dan 0.38 gram dadah syabu bernilai RM500.

Semua suspek berumur antara 27 hingga 62 tahun ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 39 A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12 (2) ADB 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain yang dihubungi mengesahkan pihaknya melakukan operasi besar-besaran bagi membenteras aktiviti pengedaran dadah di kawasan Felda.

Menurutnya, operasi khas itu diadakan bagi melumpuhkan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di kawasan Felda di seluruh negara.

“Ketagihan dadah ini antara penyumbang berlakunya pelbagai kes jenayah termasuklah pecah rumah, samun dan ragut di kawasan Felda. Polis kini menggiatkan usaha bagi memutuskan rangkaian dan sumber bekalan dadah ke Felda. Ini soal masa depan generasi Felda yang kita bimbang akan hancur akibat dadah,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai diminta memberi kerjasama kepada pihak polis dengan menyalurkan maklumat mengenai aktiviti penyalahgunaan dadah atau pengedaran dadah di kawasan masing-masing. – myMetro Online

Tags: bekalan dadahpenagihan dadahPeneroka FELDA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Sajat Dakwa Kerajaan Australia Bantu Beli Banglo”

Next Post

“Kalau Dah ‘Kelelong’ Lidah, Datang Ke Dewan Negara”

Related Posts

‘Raja Dadah’ Seperti Pablo Escobar Bakal Muncul Di Malaysia?

07/11/2021
0

Mereka semakain berkuasa dengan polis dan pihak berkuasa kini menjadi hamba kepada para pengedar dadah.

Beruntung Jadi Peneroka Felda

07/04/2021
0

FELDA ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 (Akta 474). Sejak itu para peneroka terlibat bersama...

Next Post

"Kalau Dah 'Kelelong' Lidah, Datang Ke Dewan Negara"

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd