• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vaksinasi ‘Walk-In’ Di Lembah Klang Tamat 15 September

oleh
08/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Program vaksinasi Covid-19 secara walk-in atau jumpa terus di pusat pemberian vaksin (PPV) di Lembah Klang dihentikan selepas 15 September ini, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata, pemberhentian dilakukan selepas mengambil kira faktor penduduk di Lembah Klang yang masih belum divaksinasi adalah kecil dan kadar kehadiran ke PPV adalah rendah.

Sehubungan itu, bermula 16 September ini, penduduk di Lembah Klang yang belum divaksinasi boleh mendapatkan suntikan vaksin di klinik kesihatan tertentu yang senarainya akan diumumkan kelak.

“Vaksinasi walk-in (secara jumpa terus) di negeri-negeri masih lagi akan diteruskan. Orang ramai dinasihatkan untuk mengikuti pengumuman yang dibuat oleh Jabatan Kesihatan negeri masing-masing untuk maklumat terkini mengenai walk-in,” katanya dalam sidang media pada Majlis Serah Terima Tugas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan Menteri Kesihatan, di sini hari ini.

Pada majlis itu, Dr Adham dan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang ‘bertukar portfolio’ masing-masing dalam barisan Kabinet diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menyerahkan nota serah terima tugas mereka.

Sementara itu, Dr Adham berkata, jumlah peratusan populasi dewasa yang lengkap divaksinasi di negara setakat semalam adalah 69.9 peratus.

Beliau berkata, sasaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah untuk mencapai 80 peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi di seluruh negara dan bagi negeri, 60 peratus lengkap divaksinasi menjelang akhir bulan ini.

“Alhamdulillah, kini kita berada di landasan yang betul dan vaksinasi mencapai kadar membanggakan,” katanya serta menambah pada 2 September lalu, Malaysia melepasi Amerika Syarikat dalam kadar vaksinasi ke atas populasi untuk sekurang-kurangnya satu dos.

Dr Adham menjelaskan kadar vaksinasi yang menurun di negara ini adalah ‘petanda baik’ kerana ia menunjukkan lebih ramai rakyat Malaysia telah divaksinasi.

“Baru-baru ini banyak pertanyaan kenapa kadar vaksinasi kita menurun, ini sebenarnya petanda yang baik menunjukkan lebih ramai rakyat kini divaksinasi. Kita perlu menjangkakan penurunan dalam kadar vaksinasi pada minggu-minggu akan datang,” katanya. – BERNAMA

Tags: KKMLembah KlangMostivaksin covid-19vaksinasi walk-in
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd