• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Teliti Kenakan Larangan ‘Transgender’ Memasuki Masjid

oleh
24/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Kerajaan sedang meneliti untuk mengenakan larangan daripada memasuki masjid terhadap golongan ‘mukhannath’ atau ‘transgender’ di Wilayah Persekutuan, sebagaimana yang dilaksanakan di Perlis.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, tindakan pihak berkuasa agama di Perlis yang mengenakan larangan itu adalah wajar bagi menjaga kesucian masjid dan menghindari kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“Saya bercakap dalam konteks Wilayah Persekutuan kerana itu dalam bidang kuasa kita. Negeri-negeri lain terpulang kepada pihak berkuasa agama masing-masing. Soal kita hendak galakkan negeri-negeri ikut apa yang dilakukan di Perlis, kita kena tengok kepada keseriusan kes yang berlaku (di negeri-negeri).

“Bagi saya apa yang dilakukan oleh Perlis itu adalah satu tindakan yang boleh dicontohi kerana kalau golongan ini masuk ke dalam masjid mereka lelaki, kadang-kadang mereka pakai tudung jadi itu sangat tidak sesuai. Kalau orang lelaki masuk ke sebelah Muslimat, jadi itu sudah mengganggu privasi kumpulan wanita. Tetapi kalau mereka hadir (ke masjid) untuk bertaubat itu tidak apalah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Program Inspirasi Qaseh Kami: Food Bank YaPEIM 3.0 Di Kemaman, di pekarangan Stesen Teksi di sini hari ini.

Ahmad Marzuk berkata, bagaimanapun setakat ini, pihaknya belum menerima maklumat atau laporan berkaitan ‘pencerobohan’ golongan transgender di masjid dan pihaknya percaya tindakan larangan yang dilakukan di Perlis itu adalah sebagai satu langkah pencegahan.

Baru-baru ini, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam kenyataan yang dimuatkan dalam Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perlis menyatakan golongan ‘mukhannath’ atau lebih dikenali dengan panggilan ‘mak nyah’ atau transgender diharamkan memasuki masjid dalam keadaan kecelaruan jantina kerana boleh mengganggu suasana ibadah di masjid.

Mohd Asri berkata, berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis kali ke-53/2021 pada 23 dan 24 Jun lalu, golongan ini sengaja menyerupai jantina berbeza dan termasuk dalam golongan fasik. – myMetro Online

Tags: larangan masuk masjidMak NyahmukhannathtransgenderWilayah Persekutuan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JHEAT Tahan Tujuh Mak Nyah Berbaju Kurung, Berpakaian Seksi

JHEAT Tahan Tujuh Mak Nyah Berbaju Kurung, Berpakaian Seksi

27/07/2024
0

KUALA TERENGGANU - Tujuh lelaki berusia 17 hingga 54 tahun ditahan atas kesalahan berpakaian wanita dalam operasi dijalankan di sebuah...

3 Kanak-kanak Termasuk 6 Maut Amukan Transgender

3 Kanak-kanak Termasuk 6 Maut Amukan Transgender

28/03/2023
0

NASHVILLE, TENNESSEE – Seorang bekas pelajar lengkap bersenjata membunuh tiga kanak-kanak dan tiga kakitangan dalam serangan yang dirancang secara teliti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd