• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sebutan Semula Kes Neelofa Dan Suami 21 Oktober

oleh
24/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Pengurusan sebutan semula kes membabitkan selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa dan suami, Muhammad Haris yang berdepan dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah kedai karpet di Nilai, ditetapkan di Mahkamah Majistret pada 21 Oktober depan.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafie Abdullah berkata, tarikh itu ditetapkan oleh mahkamah selepas pengurusan kes hari ini.

Katanya, penetapan itu dibuat oleh mahkamah selepas kedua-dua pihak iaitu pendakwaan dan pembelaan menyerahkan dokumen yang berkaitan masing-masing.

“Hari ini, pengurusan kedua-dua kes hanya membabitkan penyerahan dokumen yang harus diserahkan bagi kedua-dua kes mengikut Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah.

“Jadi… kami dah dapat dah (dokumen) dan kita akan kaji bagi tujuan membuat persiapan pembelaan,” katanya di luar bilik mahkamah, di sini, hari ini.

Pengurusan kes dikendalikan Majistret Mahyun Yusof manakala pihak pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwaraya Nor Azizah Aling.

Terdahulu, pasangan itu tiba di Kompleks Mahkamah Seremban pada 8.40 pagi.

Pada 20 Mei lalu, pasangan itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengikut Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan Bersyarat (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mereka ketika berada di sebuah premis menjual karpet di pusat perniagaan Nilai 3, dekat sini, pada 2 Mei lalu.

Mereka berdepan dengan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara hingga enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Muhammad Haris, 26, didakwa atas dua kesalahan iaitu gagal mematuhi SOP PKPB dengan tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka di Kedai Naeem Carpet Sdn Bhd, Kawasan Perindustrian Nilai 3, Nilai, pada 4 petang, 2 Mei lalu.

Noor Neelofa, 32, pula dituduh tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk di premis berkenaan atau menulis secara manual pada masa dan tarikh sama.

Noor Neelofa kemudiannya dikenakan jaminan RM5,000 manakala Muhamad Haris, jaminan RM15,000.

Kes pasangan terbabit tertangguh beberapa kali kerana sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – myMetro Online

Tags: kedai karpetlanggar SOPMuhammad HarisNOOR NEELOFA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lebih 600,000 Remaja Sudah Dapat 1 Dos Vaksin

Next Post

Pesakit COVID-19 Guna Alat Bantuan Pernafasan Berkurangan

Related Posts

Lebih 24 Jam Padam Kebakaran Kedai Karpet Di Nilai 3

Lebih 24 Jam Padam Kebakaran Kedai Karpet Di Nilai 3

22/02/2025
0

NILAI - Kebakaran yang berlaku di kedai karpet di Nilai 3 pada Jumaat telah 95 peratus berjaya dipadamkan. Ketua Balai...

Langgar SOP Bukan Satu Jenayah, Tak Perlu Letak Jawatan – PM

14/02/2022
0

SHAH ALAM : Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak perlu meletakkan jawatannya walaupun didapati bersalah melanggar prosedur...

Next Post

Pesakit COVID-19 Guna Alat Bantuan Pernafasan Berkurangan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd