• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Sangat Perlukan Wang, Terima Kasih Kerajaan Atas Bantuan”

oleh
06/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERA – “Saya nak terus pergi beli barang dapur selepas dapat duit Bantuan Khas Covid-19 (BKC) ini,” kata ibu tunggal, Natasya Roslan, 31, yang mengakui terdesak selepas duit gajinya habis dibelanjakan untuk bayaran pinjaman dan keperluan lain.

Dia yang bekerja di sebuah stesen minyak di sini lega kerana dipilih antara penerima BKC di Bank Simpanan Nasional (BSN) Cawangan Triang di sini pada Isnin.

Ibu kepada tiga anak berusia enam hingga 14 tahun itu bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana pemberian itu ketika dia amat memerlukan wang untuk perbelanjaan keluarga.

“Ketika ini saya sangat memerlukan wang dan sanggup mengambil cuti,” katanya ketika ditemui di BSN Cawangan Triang.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Mohd Shahar Abdullah dan Pengarah BSN Pahang, Shahrul Anuar Hamid turut hadir memantau situasi di BSN dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Sementara itu, bagi seorang warga emas, C Macap,75, dari Felda Mayam di sini gembira kerana penantian rakyat berakhir sejak bantuan khas itu diumumkan kerajaan pada Jun lalu.

Seorang tukang rumah, Azmi Mamat, 48 dari Kerayong Makmur memberitahu, bantuan itu amat ditunggu-tunggu kerana sepanjang pandemik pendapatan bulanannya terjejas teruk.

Bapa kepada empat anak berusia yang berusia 4 hingga 17 tahun itu itu mengakui dia boleh mendapat upah kira-kira lebih RM1,000 dan kini secara purata kira-kira RM600 sebulan.

“Memang dengan BKC ini boleh membantu saya untuk keperluan keluarga,” katanya.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan Isnin merupakan hari pertama BKC di seluruh negara disalurkan kepada mereka yang layak. – Sinar Harian

Tags: bank simpanan nasionalbantuan khas covid-19rakyat Malaysia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Property Transactions For Q1 2021 Dropped 44.7%

Next Post

Sesi Persekolahan Tingkatan 5, 6 Di Labuan Mulai 3 Oktober

Related Posts

15 Rakyat Malaysia Mangsa Penipuan Pekerjaan Ditempatkan Di Kem Tentera Thailand

15 Rakyat Malaysia Mangsa Penipuan Pekerjaan Ditempatkan Di Kem Tentera Thailand

16/02/2025
0

BANGKOK - Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok akan mengadakan lawatan konsular pada Ahad ke atas 15 rakyat Malaysia yang diselamatkan...

Rakyat Malaysia Ditahan Bersama Dadah Bernilai RM120,000 Di Sungai Golok

Rakyat Malaysia Ditahan Bersama Dadah Bernilai RM120,000 Di Sungai Golok

05/01/2025
0

Sungai Golok : Selepas hampir dua bulan enam rakyat Malaysia termasuk penyanyi dikir barat ditahan, polis Thailand menahan seorang lagi...

Next Post

Sesi Persekolahan Tingkatan 5, 6 Di Labuan Mulai 3 Oktober

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd