• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sanjeevan Akan Pulangkan Kembali Darjah DIMP Dan AMP

oleh Cj Mnh
17/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi Badan Bertindak Pemerhati Jenayah (MyWatch), R Sri Sanjeevan akan memulangkan balik Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran datuk.

Beliau berkata, permulangan darjah yang diterima pada 2014 itu akan dilakukan sebaik larangan rentas negeri akibat pandemik COVID-19 ditamatkan.

Selain DIMP, beliau juga akan turut memulangkan pingat Ahli Mangku Pahang yang diterima pada tahun 2014 walaupun tidak diminta berbuat demikian oleh pihak istana.

“Saya ambil ketetapan untuk memulangkan AMP tersebut kepada pihak Istana Pahang bersama-sama pingat DIMP saya,” katanya melalui akuan Twitter beliau di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau juga akan berhenti menggunakan gelaran datuk dalam sebarang urusan harian.

Semalam, kerajaan Pahang mengeluarkan kenyataan gelaran datuk yang dikurniakan kepada Sanjeevan ditarik balik serta-merta.

Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata, penarikan itu bagi menjunjung titah perintah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Dengan ini dimaklumkan bahawa Anugerah Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur kepada penama ditarik balik dan dibatalkan serta merta.

“Darjah Kebesaran ditarik balik ialah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk, berkuat kuasa pada 24 Ogos lalu.

“Penama tidak dibenarkan memakai sebarang gelaran yang dikurniakan dan perlu mengembalikan Darjah Kebesaran yang dikurniakan sebelum ini kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang,” katanya dalam kenyataan semalam. – Mynewshub.TV

Tags: Ahli Mangku PahangDarjah Indera Mahkota Pahangr sri sanjeevan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah Rayuan Tetapkan 15 September Keputusan Rayuan Polis, Kerajaan Dalam Saman Bekas Aktivis

Mahkamah Rayuan Tetapkan 15 September Keputusan Rayuan Polis, Kerajaan Dalam Saman Bekas Aktivis

30/06/2023
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 15 September untuk menyampaikan keputusannya dalam rayuan polis dan kerajaan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang...

Former Anti-Crime Activist Wins Suit Against Govt For Unlawful Detention, Assault

Former Anti-Crime Activist Wins Suit Against Govt For Unlawful Detention, Assault

28/06/2022
0

KUALA LUMPUR: The High Court has decided in favour of a former anti-crime activist who sued the government for false...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd