• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RMKe-12: Malaysia Berpendapatan Tinggi Pada 2025

oleh Ahmad Albab
28/09/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) menyasarkan empat matlamat utama untuk dicapai dalam tempoh lima tahun, bermula tahun ini hingga 2025.

Sekiranya matlamat dalam RMKe-12 berjaya dicapai, Malaysia diunjur menjadi negara berpendapatan tinggi dan mempunyai kualiti hidup lebih baik, selain menjadi negara berteknologi tinggi pada 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata matlamat pertama RMKe-12 adalah menyasarkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar 4.5 peratus hingga 5.5 peratus setahun dalam tempoh berkenaan.

Selain itu, katanya, kerajaan juga mahu meningkatkan purata pendapatan isi rumah kepada kira-kira RM10,000 sebulan pada 2025.

“Matlamat ketiga adalah jurang KDNK per kapita antara Wilayah Tengah dan Sabah dikurangkan kepada satu nisbah 2.5, manakala bagi Sarawak dikurangkan kepada satu nisbah 1.2 pada 2025.

“Keempat, pengurangan intensiti pelepasan gas rumah kaca atau ‘green house gas’ (GHG) sebanyak 45 peratus kepada KDNK pada 2030, berdasarkan intensiti pelepasan pada 2005, sejajar dengan Perjanjian Paris 2015,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan RMKe-12 di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri menegaskan, RMKe-12 adalah pelan pembangunan menyeluruh yang akan memperkenalkan beberapa pembaharuan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan, dengan pengagihan peluang dan hasil yang lebih saksama.

Bagi tujuan itu, katanya, tiga tema dan empat pemangkin dasar serta 14 pemacu perubahan diperkenalkan dalam RMKe-12.

Tegasnya, kerajaan mengambil pendekatan keseluruhan negara yang membabitkan seluruh jentera dan agensi kerajaan, industri serta masyarakat dalam misi tunggal untuk melaksanakan pembaharuan.

“Tujuan pembaharuan ini bukanlah untuk menjana kekayaan negara semata-mata, sebaliknya bagi menangani beberapa cabaran struktur ekonomi, menyediakan tenaga kerja masa hadapan, meningkatkan kesejahteraan Keluarga Malaysia dan merapatkan jurang pembangunan antara wilayah.

“Ia juga bagi memastikan pelaksanaan kaedah yang lebih berkesan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.

“Insya-Allah, dengan terlaksananya pembaharuan ini, pada 2025, Malaysia akan menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dan mempunyai kualiti hidup yang lebih baik, selain kita juga berhasrat menjadikan Malaysia sebuah negara berteknologi tinggi,” katanya. – BH Online

Tags: Datuk Seri Ismail SabriRancangan Malaysia ke-12RMK-12
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

RM6.3 Bilion Untuk Pembangunan, Tebatan Banjir Di Selangor

RM6.3 Bilion Untuk Pembangunan, Tebatan Banjir Di Selangor

19/08/2022
0

SHAH ALAM: Sebanyak RM6.3 bilion diperuntukkan diluluskan kerajaan bagi tujuan pembangunan di Selangor di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) serta...

Ismail Sabri Jadi PM Kerana Jiwa Besar Pemimpin UMNO

13/12/2021
0

Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa UMNO sedang menerajui pentadbiran negara kurang tepat. Pertama, tiada seorang daripada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd