• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Rugikan Negara Jual Aset Khazanah – Najib

oleh
30/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata pada Mac 2016 Khazanah Nasional di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu dan semasa beliau pengerusinya, Khazanah telah melabur US$170 juta (RM650 juta – nilai ketika itu) semasa syarikat SEA Ltd berharga US$3.5 bilion atau kepentingan sekitar lima peratus dalam syarikat yang memilik Shopee dan online game Garena Free Fire.

Namun katanya, selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah jual berpuluh-puluh bilion ringgit aset Khazanah dibina kerajaan BN dahulu termasuk kesemua pegangan SEA Ltd dengan harga RM612 juta pada bulan November 2019 (pautan).

“Sejak itu, harga saham SEA Ltd telah naik berpuluh ganda dan syarikat itu dinilai dengan jumlah US$175 bilion. (Harga-harga saham lain dijual Khazanah pada tahun 2019 juga naik berganda-ganda tapi tak naik sebesar SEA Ltd)

“Jika tidak dijual sepenuhnya pada tahun 2019, pegangan kepentingan 5% Khazanah dalam SEA Ltd akan bernilai US$8.75 bilion atau RM36 bilion hari ini – jauh berbeza dengan harga RM612 juta dijual kerajaan dahulu pada tahun 2019.

“Amatlah sayang sekali kerugian ini akibat sikap mereka yang gemar menjual aset-aset negara,” bidas Pengerusi Lembaga Penasihat BN itu dalam satu hantaran di Facebook.

Tambahnya, kisah SEA Ltd sebenarnya boleh dan patut mencontohi kejayaan pelaburan Khazanah dalam syarikat gergasi e-dagang terbesar dari China, Alibaba pada tahun 2012.

“Hasilnya, Khazanah memperoleh pulangan sebanyak US$1.2 bilion (RM5 bilion) berbanding pelaburan sebanyak US$250 juta sahaja,” kata bekas Menteri Kewangan itu lagi.

Begitu juga kata Ahli Parlimen Pekan itu lagi, jumlah keseluruhan nilai bersih aset Khazanah Nasional Berhad telah naik hampir tiga setengah kali ganda daripada RM33.7 bilion pada akhir tahun 2008 kepada RM115.6 bilion pada akhir 2017.

“Kadar kenaikan ini adalah jauh lebih tinggi berbanding kadar kenaikan 66% untuk dana pelaburan Temasek Holdings milik kerajaan Singapura bagi tempoh yang sama.

“Masuk tangan PH, nilai aset Khazanah terus jatuh RM25 bilion tahun 2018 dan RM19 bilion lagi pada tahun 2019,” tegasnya. – UMNO ONLINE

Tags: khazanahnajib razakpakatan harapanSEA Ltd
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tidak Pernah Sekali Pun Menggunakan Rakyat Demi Faedah Diri Sendiri….

Tidak Pernah Sekali Pun Menggunakan Rakyat Demi Faedah Diri Sendiri….

27/12/2025
0

Tidak pernah sekali pun insan mulia ini mempergunakan rakyat untuk faedah dirinya....   Tidak pernah sekali pun gerakkan mereka untuk...

‘Mengapa Anwar Boleh, Tetapi Najib Tidak Boleh?’ Soal Hassan Karim

‘Mengapa Anwar Boleh, Tetapi Najib Tidak Boleh?’ Soal Hassan Karim

22/12/2025
0

JOHOR BAHRU – Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin yang menolak permohonan semakan kehakiman berhubung Titah Adendum oleh bekas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd