• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perubahan Operasi Sekolah Selepas 2 Minggu Peralihan Fasa

oleh
30/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan perubahan pengoperasian sekolah mengikut fasa baharu akan bermula dua minggu selepas peralihan fasa.

Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM, Zainal Abas berkata, pembukaan sekolah pada 3 dan 4 Oktober ini adalah bagi negeri dalam Fasa 2 hingga 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) seperti diumumkan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.

Beliau berkata, sesi persekolahan bagi negeri-negeri yang beralih fasa bermula 1 Oktober ini masih mengikut fasa terdahulu.

“Sekolah bagi negeri yang beralih fasa misalannya semalam Perdana Menteri mengumumkan Lembah Klang beralih dari Fasa 2 kepada Fasa 3. Apabila diumumkan peralihan itu, pengoperasiannya akan bermula dua minggu selepas itu.

“Jadi pada 3 Oktober ini, Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor serta Melaka masih lagi akan beroperasi sebagai negeri Fasa 2. Selepas dua minggu pada 17 Oktober, baru beralih ke Fasa 3.

“Ini bagi memberi ruang kepada ibu bapa membuat persediaan anak-anak ke sekolah dan guru menyediakan jadual waktu penggiliran,” katanya dalam sesi webinar Hidup Bersama Virus Covid-19: Kanak-kanak dan Remaja yang disiarkan secara langsung di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia, hari ini.

Zainal adalah ahli panel sesi keempat dan kelima yang menerangkan mengenai pengoperasian sekolah di Fasa PPN dan prosedur operasi standard sekolah.

Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik bersetuju membenarkan peralihan fasa PPN bagi Lembah Klang, Melaka dan Kedah berkuat kuasa 1 Oktober.

Lembah Klang membabitkan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor serta Melaka beralih dari Fasa 2 ke Fasa 3 manakala Kedah beralih dari Fasa 1 ke Fasa 2. – myMetro Online

Tags: KPMPelan Pemulihan NegaraSesi Persekolahan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPM Junjung Titah Yang Di-Pertuan Agong

KPM Junjung Titah Yang Di-Pertuan Agong

19/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menjunjung kasih atas titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang menyentuh mengenai pendidikan negara sempena...

KPM Kaji Keperluan Kembalikan UPSR, PT3

KPM Kaji Keperluan Kembalikan UPSR, PT3

09/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengkaji semula keperluan untuk mengembalikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd