• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Lori ‘Lalok’ Didakwa Pagi Ini

oleh
10/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemandu lori ‘lalok’ yang merempuh lima kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh di sini, Isnin lalu, akan didakwa di Mahkamah Trafik Kuala Lumpur hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, lelaki berusia 25 tahun itu sebelum ini ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan.

“Pemandu akan dituduh pada pagi ini di Mahkamah Trafik Jalan Duta.

“Lelaki itu akan didakwa mengikut Seksyen 44 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh dadah dan menyebabkan kecederaan pada mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian 2.40 petang pada 6 September lalu, lori dari arah Jalan Duta menghala ke Sentul dipercayai gagal dikawal lalu merempuh lima kenderaan lain yang sedang berhenti di lampu isyarat.

Sarifudin dilaporkan berkata, lima kenderaan terbabit adalah dua Perodua Myvi, Proton X70, Honda HRV dan Peugeot 208 FL.

Menurutnya, pemandu sebuah daripada Perodua Myvi yang berusia 45 tahun cedera ringan manakala empat pemandu lain dilaporkan tidak cedera.

Katanya, pemandu lori yang tidak cedera kemudian ditahan polis dan ujian saringan air kencing mendapati positif dadah jenis methamphetamin dan amphetamin. – myMetro Online

Tags: lori rempuh kenderaanpemandu loripositif dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

04/01/2026
0

SEGAMAT: Pemandu lori terbabit kemalangan di Jalan Tenang Jaya, Pekan Tenang, di sini, semalam yang mengorbankan penunggang motosikal, direman dua...

Lima Termasuk Dua Bekas Pengikut Ayah Pin Himpun Depan Istana Positif Dadah

Lima Termasuk Dua Bekas Pengikut Ayah Pin Himpun Depan Istana Positif Dadah

15/11/2025
0

KOTA BHARU – Dua individu dipercayai bekas pengikut ajaran sesat Ayah Pin bersama 11 lagi terbabit dalam perhimpunan di hadapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd