• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Negara Perlu Ada Strategi Terhadap ‘Long COVID’

oleh
17/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia wajar memiliki strategi khusus untuk mengenal pasti, menyelidik dan memulih kesan jangka panjang COVID-19 (Long COVID) terhadap penghidap.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata kini sudah lebih dua juta rakyat negara ini terjangkit virus berkenaan dan angka itu mungkin lebih tinggi, menjadikan peratusan bekas pesakit mempunyai ‘Long COVID’ juga mungkin semakin ramai.

“Pemulihan kesihatan mereka ini sangat penting kepada kualiti kesihatan awam secara menyeluruh. Saya menyarankan kerajaan mula memberi perhatian kepada kes ‘Long COVID’ ini secara terpadu. 

“Dasar kita menanggani pandemik ini tidak boleh terhenti dari segi pencegahan dan rawatan. Ia mesti merangkumi rawatan jangka masa panjang terhadap bekas pesakit serta pelbagai penyelidikan berkaitan,” katanya di media sosial hari ini.

Katanya, ‘Long COVID’ keadaan bekas pesakit terus mengalami pelbagai masalah kesihatan selepas pulih, dengan kebanyakannya berterusan selama empat ke 12 minggu, malah ada yang berlarutan sehingga sembilan bulan.

Kerajaan hingga kini, katanya, belum mengemuka data terperinci berkaitan masalah ini, namun beberapa universiti tempatan sudah mula menjalankan kajian terhadapnya.

“Lancet, jurnal perubatan paling berwibawa dalam terbitannya pada 28 Ogos 2021 menyatakan ‘Long COVID’ cabaran besar terhadap sektor perubatan. Banyak masih tidak diketahui tentangnya. 

“Justeru pelbagai penyelidikan rentas disiplin sangat perlu untuk membolehkan rawatan terbaik diberikan,” katanya.

Beliau berkata, kefahaman mengenai kesan vaksinasi, kaedah rawatan dan pemulihan yang berkesan serta pelaburan untuk penyelidikan berkaitanya harus diberikan keutamaan.

Katanya, dunia perubatan akan terus terbeban dengan pelbagai cabaran baru kerana pandemik ini, memaksa pelaburan kesihatan negara tidak boleh lagi pada kadar empat peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). 

“Sudah tiba masanya kita menyasarkan peruntukan tujuh ke lapan peratus KDNK negara untuk sektor kesihatan.

“Langkah ini permulaan baik untuk reformasi besar-besaran sektor perubatan dan kesihatan, selepas tekanan luar biasa terhadap sistem perubatan kita sejak Februari 2020,” katanya. – BH Online

Tags: Long COVIDMohamad Hasanpandemik COVID-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mohamad Ketuai Delegasi Ke Persidangan Peringkat Tinggi Berkenaan Gaza Di Jordan

Mohamad Ketuai Delegasi Ke Persidangan Peringkat Tinggi Berkenaan Gaza Di Jordan

09/06/2024
0

PUTRAJAYA : Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Peringkat Tinggi "Panggilan Untuk Bertindak: Respons...

Pembantu Am, Ejen Insurans Rugi Lebih RM400,000

PLKN Akan Dilaksanakan Semula – Mohamad

09/10/2023
0

PETALING JAYA : Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimansuhkan pada 2018 akan dilaksanaan semula tetapi menggunakan kaedah latihan berbeza...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd