• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Beri Penjelasan Projek Baik Pulih Seri Perdana

oleh
30/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kompleks Seri Perdana di Putrajaya, kediaman rasmi Perdana Menteri, akan rosak lebih teruk jika tidak dibaik pulih.

Kerja membaik pulih kompleks berkenaan adalah bagi memulihara bangunan milik kerajaan yang menjadi lambang institusi ketua kerajaan dan imej negara kepada keadaannya yang asal.

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata jika tidak dibaik pulih segera, bangunan warisan kerajaan itu akan mengalami kerosakan yang lebih teruk pada masa hadapan dan kos membaik pulih akan meningkat.

Muhyiddin menjelaskan, bagi memastikan proses baik pulih dilaksanakan mengikut spesifikasi yang ditetapkan dengan hasil yang berkualiti, kerja baik pulih dipantau oleh Pasukan Petugas yang dianggotai pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Saya percaya JKR dan JPM yang terbabit secara langsung dalam urusan membaik pulih Seri Perdana mempunyai maklumat yang terperinci berhubung pelaksanaan projek terbabit.

“Selaras dengan prinsip ketelusan dan integriti yang diamalkan oleh kerajaan, jabatan berkenaan boleh tampil untuk memberikan penjelasan kepada orang ramai berkenaan perkara ini.

“Untuk rekod, saya tidak pernah menduduki Seri Perdana sepanjang berkhidmat sebagai Perdana Menteri,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Media semalam melaporkan kerajaan mengesahkan kerja-kerja baik pulih Kompleks Seri Perdana membabitkan kos RM38.5 juta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad dilaporkan berkata, projek itu telah diluluskan pada 19 Mac 2021 dan kerja-kerja bermula pada 29 Mac 2021.

Bagaimanapun, pembangkang mempersoalkan projek berkenaan yang didakwa dilakukan ketika negara berdepan dengan pandemik COVID-19.

Muhyiddin berkata, ketika mula menjawat jawatan itu pada Mac tahun lalu, beliau menerima laporan daripada JPM berhubung kerosakan fizikal Seri Perdana.

Beliau berkata, kerosakan itu membabitkan kebocoran, sistem pencahayaan yang sudah lama dan keadaan fizikal lantai serta bumbung yang sudah rosak atau usang.

Jelas beliau lagi, kebocoran bumbung Seri Perdana dan sistem paip menyebabkan kerosakan perabot ‘built-in’, lantai kayu, panel dinding dan siling bangunan.

Katanya, beliau juga dimaklumkan bahawa pendawaian elektrik, pencahayaan dan peralatan mekanikal seperti pendingin hawa perlu dibaik pulih kerana sudah terlalu usang dan menurut pakar, sistem pendawaian berusia lebih 20 tahun boleh menyebabkan risiko kebakaran jika tidak dibaik pulih segera.

“Berdasarkan laporan yang saya terima (ketika itu), JPM juga mengesyorkan supaya perolehan perabot dibuat kerana aset perabot yang didakwa milik peribadi bekas perdana menteri keenam sudah dipindah keluar.

“Oleh kerana bangunan itu mengalami kerosakan fizikal yang teruk selain sistem pendawaian dan mekanikal yang usang, sebahagian besar daripada kos membaik pulih membabitkan kerja binaan, pendawaian elektrik dan mekanikal.

“Saiz Seri Perdana yang berkeluasan lebih 56,000 kaki persegi juga menyebabkan kos baik pulih bangunan milik kerajaan ini agak tinggi,” katanya. – BH Online

Tags: kediaman perdana menteriKompleks Seri PerdanaMuhyiddin Yassin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Squid Game Ada Juga Nilai Positif

Next Post

Terpadamkah Sudah Obor Keadilan Untuk Allahyarham Adib?

Related Posts

Sediakan Kertas Putih Industri Padi, Beras – Muhyiddin

Sediakan Kertas Putih Industri Padi, Beras – Muhyiddin

13/02/2025
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa menyediakan Kertas Putih industri padi dan beras negara bagi mengatasi pelbagai isu berkaitan harga serta...

‘Ganti Rugi RM1.35 Juta Kepada Guan Eng Terlampau Tinggi’ – Muhyiddin

‘Ganti Rugi RM1.35 Juta Kepada Guan Eng Terlampau Tinggi’ – Muhyiddin

08/11/2024
0

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi di...

Next Post

Terpadamkah Sudah Obor Keadilan Untuk Allahyarham Adib?

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd