• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 20 Juta Populasi Dewasa Lengkap Vaksinasi

oleh
30/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 20,053,472 individu atau 85.7 peratus daripada populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Berdasarkan perincian yang dikongsi menerusi portal COVIDNOW hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 94.1 peratus atau 22,017,043 individu daripada populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Selain itu, seramai 40,206 atau 1.3 peratus daripada populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun melengkapkan suntikan vaksin setakat semalam.

Bagi kedua-dua populasi, sebanyak 310,661 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam membabitkan 190,599 dos pertama dan 148,062 dos kedua menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin sebanyak 43,367,580 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

Sementara itu, sebanyak 208 kes kematian akibat Covid-19 dicatatkan setakat 11.59 malam tadi (29 September), menjadikan jumlah kumulatif kematian kini adalah 26,143.

Daripada jumlah itu, sebanyak 88 adalah kes kematian harian sebenar selama tujuh hari, manakala selebihnya adalah kes kematian tertunggak atau ‘backlog’.

Bagaimanapun, angka itu boleh berubah sekiranya terdapat kes kematian yang dikemas kini.

Sebanyak 68 daripada jumlah kematian baharu itu dilaporkan berlaku di luar hospital (BID). – BERNAMA

Tags: KKMPICKpopulasi dewasavaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bedah Siasat Syamsul Haris Dijalankan Ikut Prosedur Forensik – KKM

Bedah Siasat Syamsul Haris Dijalankan Ikut Prosedur Forensik – KKM

27/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan proses bedah siasat forensik dalam kes kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Allahyarham...

Penjualan Vape Akan Diharamkan Sepenuhnya – Dzulkefly

Penjualan Vape Akan Diharamkan Sepenuhnya – Dzulkefly

10/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan akan mengharamkan sepenuhnya penjualan rokok elektronik atau vape sebagai langkah membendung penyalahgunaan produk berkenaan. Menteri Kesihatan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd