• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kompaun RM1.1 Juta Ke Atas Ahmad Maslan Tindakan Punitif

oleh
29/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan kompaun RM1.1 juta yang dikenakan ke atas Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan adalah satu tindakan punitif terhadapnya dan ia satu bentuk pemulangan aset di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA 2001).

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Ahmad sebelum ini pernah ditawarkan kompaun tersebut pada Oktober 2019, namun memilih untuk dibicarakan di mahkamah pada ketika itu.

“Sehubungan itu, beliau dituduh dengan dua pertuduhan di bawah Seksyen 4(1) dan Seksyen 32(8)(c) AMLATFPUAA 2001 pada 20 Jan 2020. Semasa tempoh perbicaraan berjalan, beliau telah mengemukakan representasi dan bersetuju kembali untuk membayar kompaun tersebut,” menurut SPRM.

Mahkamah Tinggi hari ini melepas dan membebaskan Ahmad daripada dua pertuduhan gagal mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memberi penyataan palsu kepada SPRM.

Ahmad, 55, didakwa telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan cara tidak melaporkan pendapatan sebenar di dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan Bagi Tahun Taksiran 2013 yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Bekas Timbalan Menteri Kewangan itu dituduh melakukan perbuatan berkenaan dengan tidak mengisytiharkan pendapatan yang diterima daripada Najib berjumlah RM2 juta melalui sekeping cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 Nov, 2013 yang ditunaikannya sendiri pada hari sama di LHDN, Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim pada 30 April, 2014.

Ahmad juga dituduh memberi penyataan palsu semasa percakapannya dirakam mengikut Seksyen 32 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram oleh pegawai penyiasat SPRM di bilik sidang media, Bangunan Parlimen, di sini antara 2.45 petang hingga 3.30 petang pada 4 Julai, 2019. – BERNAMA

Tags: Ahmad MaslanAMLATFPUAA 2001kompaun
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

12,434 Kes Baharu Covid-19 Hari Ini

Next Post

SPRM Belum Siasat Secara Rasmi Kes Pindah RM13 Juta

Related Posts

Lembu Rayau Akan Disita, Pemilik Bakal Dikompaun RM2,000

Lembu Rayau Akan Disita, Pemilik Bakal Dikompaun RM2,000

09/04/2025
0

KOTA BHARU – Kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas termasuk merampas ternakan dan mengenakan kompaun maksimum RM2,000 terhadap penternak yang...

Permohonan Maaf: Najib Berjiwa Besar – Ahmad Maslan

Permohonan Maaf: Najib Berjiwa Besar – Ahmad Maslan

26/10/2024
0

Pontian : Permohonan maaf secara terbuka bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membabitkan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dianggap...

Next Post

SPRM Belum Siasat Secara Rasmi Kes Pindah RM13 Juta

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd