• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ismail Sabri Ajak Keluarga Malaysia Dapatkan Vaksin Covid-19

oleh
03/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar bagi menerima suntikan vaksin Covid-19 digesa segera berbuat demikian agar seluruh Keluarga Malaysia boleh menjalani hidup seperti biasa.

Perkara itu ditekankan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi perkongsian hantaran di Facebook beliau pada Jumaat.

Beliau pada masa sama menyatakan rasa gembira melihat perkembangan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) yang diberikan kepada penerima vaksin yang sudah lengkap dua dos.

“Seronok melihat mereka yang sudah menerima dua dos vaksin menjamu selera di restoran dan beriadah di luar.

“Bagi yang masih belum lengkap, insya-ALLAH giliran anda akan menyusul tidak lama lagi.

“Kepada seluruh Keluarga Malaysia yang masih belum mendaftar untuk mendapatkan vaksin, saya menyeru agar berbuat demikian dengan segera.

“Kita semua rindu nak jalani hidup seperti sedia kala. Jom sama-sama kita ambil langkah ke fasa herd immunity,” tulis beliau pada hantaran tersebut.

Dua minggu lalu, kerajaan menerusi sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju untuk memberikan kemudahan-kemudahan tambahan sektor sosial dan ekonomi kepada individu yang telah menerima vaksinasi lengkap bagi negeri-negeri di Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ia termasuk kebenaran bagi aktiviti dine-in bagi negeri-negeri Fasa Satu PPN dan seterusnya.

Sebelum itu kebenaran dine-in hanya dibolehkan bagi negeri-negeri Fasa Dua PPN dan seterusnya. – Sinar Harian

Tags: Ismail Sabri YaakobPelan Pemulihan NegaraPerdana Menterivaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hadi Awang Tolak Jadi PM Jika PN Menang PRU16

Hadi Awang Tolak Jadi PM Jika PN Menang PRU16

15/09/2025
0

ALOR SETAR: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menolak kemungkinan beliau akan menjadi Perdana Menteri sekiranya Perikatan Nasional (PN)...

Rakyat Anggap Pengumuman Perdana Menteri Melebihi Jangkaan

Rakyat Anggap Pengumuman Perdana Menteri Melebihi Jangkaan

23/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pemberian RM100 secara sekali beri kepada setiap warganegara berusia 18...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd