• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kerusi UMNO Menang UMNO Punya, PAS Menang PAS Punya”

oleh AK-47
06/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERSEFAHAMAN antara UMNO dan PAS mengenai pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sudah mencapai 70 peratus menerusi beberapa mesyuarat Muafakat Nasional (MN) yang diadakan sebelum ini.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata menerusi persefahaman itu, mana-mana parti memenangi sesuatu kerusi sebelum ini akan kekal bertanding di kawasan berkenaan pada PRU15.

“Memang setiap kali bermesyuarat, kita bincang berkenaan persiapan menghadapi PRU15, di peringkat MN, kita juga ada jawatankuasa pembahagian kerusi. UMNO dan PAS mesyuarat banyak kali, persefahaman hampir 70 peratus dicapai, seperti saya katakan kerusi yang kita menang, kita punya, kerusi PAS menang, adalah PAS punya.

“Formula masih sama, tidak timbul soal untuk kita ubah atau keluar daripada formula dipersetujui,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Keempat Dewan Udangan Negeri Ke-14 hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu berkata mesyuarat MN seterusnya akan diadakan dalam masa terdekat selepas beberapa kali ia ditangguhkan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sementara itu Mohamad berkata, tiada sebarang isu berbangkit berhubung ketiadaan nama beliau dalam senarai barisan Kabinet dibawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini.

Beliau berkata tanggungjawab sebagai menteri dalam situasi negara berdepan dengan pandemik COVID-19 bukan satu tugas mudah dan beliau akan terus menyokong kerajaan semasa ini.

“Saya ucapkan selamat menjalankan tugas, keutamaan sekarang adalah terus berkerja dalam menangani krisis pandemik COVID-19, ekonomi, tiada masa untuk berlengah lagi.

“Saya harap menteri-menteri yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan baik. Banyak hikmah tiada dalam kabinet ini, bukan senang untuk menjadi menteri dalam situasi krisis ini. Saya selaku orang nombor dua dalam parti, akan mendukung kerajaan,” katanya.- BERNAMA

Tags: Mohamad Hasanmuafakat nasionalPASpolitikUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa kini bukan masa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd