• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Fokus Prestasi 100 Hari Anggota Kabinet

oleh
30/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan meletakkan pencapaian aspirasi setiap Ahli Jemaah Menteri untuk 100 hari pertama sebagai keutamaan tertinggi bagi memberi khidmat terbaik kepada rakyat, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, prestasi aspirasi setiap Jemaah Menteri bagi 100 hari pertama di bawah pentadbiran kerajaan dinilai berdasarkan tiga elemen utama.

Katanya, tiga elemen itu adalah penilaian prestasi kementerian dan jabatan; penilaian kepemimpinan berdasarkan keberkesanan keberhasilan inisiatif serta penilaian persepsi awam terhadap Ahli Jemaah Menteri dan kementerian serta jabatan di bawah tanggungjawab mereka.

“Ahli Jemaah Menteri juga diarah mengumumkan Kad Laporan Pencapaian Aspirasi Keluarga Malaysia 100 hari ini kepada rakyat, bagi menilai pencapaian prestasi menteri dan kementerian demi kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Perdana Menteri ketika mengumumkan pelantikan anggota Kabinet 27 Ogos lalu menetapkan setiap menteri perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama perkhidmatan.

Perdana Menteri mengangkat sumpah jawatan pada pada 21 Ogos lalu dan mengumumkan senarai Kabinet yang merangkumi 31 menteri dan 38 timbalan menteri, seminggu selepas itu.

Ismail Sabri berkata, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 September lalu bersetuju supaya anggota Jemaah Menteri membentangkan laporan prestasi setiap aspirasi masing-masing bagi 100 hari pertama pentadbiran Kerajaan mulai dari 1 September.

Katanya, pelaksanaan inisiatif bagi setiap aspirasi adalah berlandaskan enam teras utama.

Teras itu adalah menstruktur semula ekonomi; menjamin keselamatan dan ketenteraman negara; meningkatkan kesejahteraan sosial; mempertingkatkan infrastruktur menyeluruh; memperkukuh penyatuan dalam acuan Keluarga Malaysia dan memperkasa penyampaian perkhidmatan

“Dalam hal ini, Pejabat Ketua Setiausaha Negara, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU) dan Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU) akan bertindak sebagai penyelaras bersama bagi memastikan perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penambahbaikan setiap aspirasi Keluarga Malaysia oleh Ahli Jemaah Menteri dapat dijayakan dengan cemerlang.

“Pada 24 September dan 29 September 2021 beliau mengadakan sesi bersama semua 31 Ahli Jemaah Menteri untuk memuktamadkan senarai aspirasi yang telah dicadangkan,” katanya. – BH Online

Tags: 100 hari pertamaAhli Jemaah MenteriIsmail Sabri YaakobPerdana Menteri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hanya Sijil Vaksinasi Di Aplikasi MySejahtera Saja Diterima

Next Post

UMNO Gesa Siasatan Kes Kematian Adib Diteruskan

Related Posts

Kucing ‘Lantikan’ Perdana Menteri

Kucing ‘Lantikan’ Perdana Menteri

07/07/2024
0

London: Terdapat hanya satu benda dianggap utuh sepanjang kemelut politik di United Kingdom sejak 14 tahun lalu iaitu Larry si...

‘Perdana Menteri Umum Berita Baik Berkait Barangan Makanan Esok’ – Fahmi

‘Perdana Menteri Umum Berita Baik Berkait Barangan Makanan Esok’ – Fahmi

15/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Satu perkhabaran baik untuk rakyat berkaitan barangan makanan akan diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Next Post

UMNO Gesa Siasatan Kes Kematian Adib Diteruskan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd