MIKE Tyson, bekas juara dunia kelas heavyweight selalu dianggap sebagai salah satu peninju paling menakutkan dalam sejarah sukan itu.
‘The Baddest Man on the Planet’ secara umum dianggap sebagai petinju kelas heavyweight terhebat sepanjang zaman.
Namun, di luar gelanggang tinju, Mike Tyson sering berada di sisi undang-undang yang salah.
Mike Tyson disabitkan dengan kesalahan merogol pada tahun 1992 dan petinju berkenaan diberkas polis sebelum menghabiskan masa tiga tahun di penjara.
Walaupun Mike Tyson selalu menjadi watak eksentrik dan ganas, ‘Iron Mike’ dilaporkan memperlihatkan perubahan keperibadiannya ke arah yang baik selama berada di penjara.
Mike Tyson dilaporkan mendekati Islam ketika di penjara.
Dia dikatakan memeluk Islam ketika menghabiskan masa dalam penjara.
Dalam temu bual setelah dibebaskan dari penjara, Mike Tyson mengatakan bahawa dia sangat terharu setelah membaca buku-buku mengenai Islam dan memutuskan untuk menjadi seorang Muslim kerana dia melihat Islam sebagai agama yang damai.
Dia pernah berkata :
“Sekiranya saya diberitahu tentang Islam sebelum saya masuk ke penjara, tidak mungkin saya yakin, kerana hidup saya sibuk dengan kesenangan, wanita, alkohol dan lain lain kemaksiatan.
“Saya masuk ke penjara pada ketika ego saya telah hancur, jiwa saya mula menyucikan diri, ketika saya merasa sunyi, hanya Islam yang menyelamatkan saya dari semua itu.
“Saya mula mendirikan solat pada setiap waktu dengan berdoa agar kesunyian hilang. Saya terfikir bahawa penjara itu adalah satu tempat penyeksaan dan hukuman tetapi ia sebenarnya sangat bernilai bagi saya untuk mengenali agama Islam.
“Saya ingin memberitahu warga Amerika tentang sesuatu yang penting iaitu menjadi Muslim tidak bermaksud saya telah menjadi malaikat tetapi Islam menjadikan saya seorang yang lebih baik kerana saya berusaha menjauhkan diri dari keburukan, jika saya berdosa ini bukan kerana Islam tidak sempurna tetapi kerana saya lemah dan Islam telah datang untuk mengisi kekurangan itu.”
Mike Tyson menggunakan nama yang berbeza setelah memeluk Islam.
Menurut laporan, Mike Tyson menukar namanya menjadi Malik Abdul Aziz setelah menjadi seorang Muslim.
Namun, dia terus menggunakan ‘Mike Tyson’ sepanjang karier tinju dan nama Muslimnya tidak pernah digunakan dalam mana-mana pertandingan tinju profesionalnya.
IKUTI TELEGRAM MYNEWSHUB DI SINI
BACA – APAKAH PENYAKIT AIN