• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

HSR Mampu Beri Kesan Berganda Kepada Ekonomi

oleh
30/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Projek penting boleh melonjakkan pertumbuhan pengeluaran negara, peluang pekerjaan dan pendapatan dalam jangka pendek serta sederhana bagi menjamin masa depan negara.

Tan Sri Muhyiddin Yassin (Bersatu-Pagoh) berkata, antara projek mega yang dilaksanakan termasuk projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) ke Johor Bahru.

Menurutnya, sambungan projek HSR itu ke utara untuk disambung dari Bangkok ke sempadan Malaysia-Thailand dengan pembiayaan swasta membabitkan konsortium kewangan dalam negara mampu memberi kesan berganda kepada ekonomi negara.

“Impak projek seperti ini akan memberi kesan berganda dalam membuka peluang pekerjaan dan perniagaan baharu serta pembangunan wilayah dan kewujudan bandar baharu sepanjang laluan HSR.

“Ini sudah tentu akan menghasilkan nilai berganda berbilion ringgit dan mendatangkan manfaat besar kepada rakyat termasuk masyarakat Bumiputera,” katanya ketika membahas Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, selaku Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) pelbagai strategi dan usaha pemulihan negara yang dirancang akan dipastikan dapat dilaksanakan tanpa halangan.

Tambahnya, antara cabaran besar kerajaan ialah menjana hasil negara untuk membiayai lebih banyak program pembangunan fizikal dan sosioekonomi.

“Kedudukan fiskal negara memerlukan kerajaan bersikap lebih berani untuk memperkasa peranan sektor swasta sebagai enjin pertumbuhan ekonomi, menerusi usaha seperti kerjasama sektor awam-swasta.

“Ini disebabkan sektor swasta mempunyai lebihan dalam sumber kewangannya manakala kerajaan mempunyai defisit namun kerajaan mesti memantapkan pengurusan kewangannya dengan memperbaiki sistem kutipan hasil dan menyeragamkan sistem cukai jualan dan perkhidmatan bagi memperbaiki prestasi kutipan hasil cukai,”katanya.

Muhyiddin berkata, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu dinilai semula agar aset kerajaan dapat dioptimumkan dalam membantu mengukuhkan infrastruktur negara bagi memantapkan proses pemulihan ekonomi dan pertumbuhan ekonomi selanjutnya.

Katanya, GLC diminta supaya tidak bersaing dengan sektor swasta demi mengukuhkan keusahawanan negara kita tetapi melabur dalam bidang yang berimpak tinggi termasuk meneroka pasaran baharu dalam dan luar negara.

“Kerajaan perlu meneruskan tindakan proaktif di bawah Majlis Pekerjaan Negara untuk mencapai sasaran mewujudkan 500,000 peluang pekerjaan pada tahun ini.

“Setakat ini, 376,000 pencari kerja berjaya mendapat pekerjaan di bawah inisiatif kerajaan,” katanya. – myMetro Online

Tags: Kereta Api Berkelajuan TinggiMuhyiddin YassinProjek HSR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

11/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tan Sri Abdul Hadi Awang menggesa Perikatan Nasional (PN) mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT), selaras Fasal 8.3(l)(b)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd