• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Doktor Kontrak, Sijil Vaksin Antara Fokus Dewan Rakyat Hari Ini

oleh
15/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perancangan masa depan untuk doktor kontrak, maklumat penerima vaksin yang tidak mempunyai kad pengenalan diri serta tindakan terhadap golongan yang memalsukan sijil vaksin, antara isu yang bakal dikupas dalam persidangan Parlimen hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat persidangan Dewan Rakyat yang bermula 10 pagi itu, persoalan mengenai rancangan untuk menjamin masa depan doktor kontrak akan diajukan Rusnah Aluai (PH-Tangga Batu) kepada Menteri Kesihatan, dalam sesi jawab lisan.

Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti) pula meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan tindakan proaktif kerajaan terhadap maklumat penerima vaksin yang tidak mempunyai kad pengenalan diri, terutamanya di Sarawak dan tindakan terhadap isu individu tanpa pengenalan diri.

Turut bertanya kepada kementerian yang sama, Shaharizukirnain Abd. Kadir (Pas-Setiu) mengenai tindakan yang akan dikenakan ke atas golongan yang memalsukan sijil suntikan vaksin.

Selain itu, antara isu lain yang bakal diketengahkan adalah langkah dilakukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar bagi memastikan masyarakat Orang Asli tidak tercicir daripada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), sebelum menyambung semula perbahasan Titah Diraja.

Turut dijadual dibentangkan bagi bacaan kali kedua ialah Rang Undang-Undang Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2020, Rang Undang-Undang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2020, Rang Undang-Undang Kilang dan Jentera (Pemansuhan) 2020, Rang Undang-Undang Lembaga Angkasa Malaysia 2020 dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020.

Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen ke-14 pada Rabu adalah mesyuarat hari kedua bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini akan berlangsung selama 17 hari sehingga 12 Oktober. – BERNAMA

Tags: Doktor Kontrakpersidangan parlimensijil vaksinasi digital
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

4,310 Doktor Kontrak Letak Jawatan Dalam Tempoh 7 Tahun

4,310 Doktor Kontrak Letak Jawatan Dalam Tempoh 7 Tahun

27/03/2024
0

KUALA LUMPUR : Seramai 4,310 doktor kontrak meletak jawatan dalam tempoh tujuh tahun sehingga 2023, dengan 924 orang meletak jawatan...

Sanusi Diarah Bayar RM120,000 Kepada Mahfuz

Doktor Kontrak Tak Mogok Hari Ini

03/04/2023
0

KUALA LUMPUR: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menjelaskan tiada mogok doktor kontrak di kemudahan kesihatan awam di seluruh negara, hari ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd