• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Derita Umpama Teman Abadi Mereka

oleh AK-47
14/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“KETAHUILAH bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh..”

Itu adalah sebahagian daripada khutbah terakhir Rasulullah SAW.

Menekankan betapa setiap orang Islam itu, tanpa mengira warna kulit.. Adalah bersaudara.

Hakikatnya bila saudara kita berada dalam kesusahan barang di mana sekali pun, maka menjadi kewajipan ke atas setiap kita membantu dalam kadar yang kita mampu.

Di Myanmar… Ada satu kelompok saudara muslim kita, dikenali dengan nama bangsa Rohingya.

Selama puluhan tahun mereka hidup dalam kesusahan yang amat.

Mereka dibunuh, anak kecil dibakar hidup-hidup rejim tentera.

Mereka dihalau seperti haiwan yang tidak bermaruah dari tanah air sendiri.

Hak mereka kepada pendidikan dinafikan menjadikan mereka kaum yang sangat ketinggalan dan kadang kala dihina sebagai tidak bertamadun.

Kaum ini bersepah di merata lokasi dunia.

Disebabkan mereka tidak terpelajar dan hanya mengenali kezaliman dan kesusahan sepanjang hidup, mereka selalunya tidak pandai membawa diri walaupun ketika berada di negara lain.

Mereka tidak mampu berfikir jauh kesan penindasan sistematik dan jahat kerajaan mereka.

Salah satu negara yang terpaksa memberikan perlindungan kepada mereka ialah negara jiran Bangladesh.

Mereka tinggal di kawasan kem pelarian yang terletak di Cox’s Bazar yang menempatkan antara 850,000 hingga sejuta orang.

Membayangkan jumlah itu sahaja kita tahu mereka hidup berhimpit dan padat.

Disebabkan Bangladesh juga sebuah negara miskin, maka sistem kehidupan dan fasiliti yang disediakan kerajaan negara itu amat rendah sekali.

Di negara jiran itu, beza hidup mereka pada di Myanmar ialah mereka cuma tidak dibunuh. Selain itu, penderitaan tetap menjadi teman mereka selamanya.

Tidak mampu keluar mencari sumber pendapatan kerana mereka adalah pelarian tanpa negara. Pergerakkan mereka adalah terbatas di dalam kem yang serba kekurangan dan hanya menanti bantuan daripada kerajaan dan NGO seluruh dunia.

Melihat kanak-kanak tidak berbaju dan berkaki ayam berlari ke sana ke mari, ibu yang membawa anak kecil manakala warga emas yang rapuh kudrat dan fizikalnya meminta-minta di jalanan sekitar kem adalah pemandangan biasa.

Namun, peringatan Rasulullah SAW bahawa semua kita bersaudara, Alhamdulillah mekar dalam jiwa muslimin di tempat lain.

Syukur kepada Allah dan terima kasih kepada rakyat Malaysia dan Singapura yang rajin menghulurkan sumbangan seikhlas hati dan kini, hasil sumbangan tersebut membantu memberi sedikit perlindungan untuk pelarian Rohingya meneruskan kehidupan.

Sesungguhnya tuhan itu maha penyayang dan maha pengasih kerana menjentik hati kita semua untuk terus memberi bantuan kepada mereka.

Atas rasa insaf, dan kesedaran terhadap hak kemanusiaan yang dinafikan terhadap warga Rohingya ini, kami di team Five Estec akan menghantar bantuan dalam pelbagai misi bantuan yang diperlukan antaranya:

  • Wakaf pam air RM1,200
  • Pembinaan wuduk madrasah RM3,200
  • Pembinaan tandas di masjid/madrasah/ rumah tahfiz RM2,000

Jika tidak termampu dari segi bantuan kewangan, titipkan la doa untuk mereka.. Yang merupakan saudara kita dalam Islam.

Bantuan boleh disampaikan dengan menghubungi nombor 017 899 8791.

Tags: bantuanMuslimRohingyasumbangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Penduduk Tempatan Halau Komuniti Rohingya Viral

Video Penduduk Tempatan Halau Komuniti Rohingya Viral

03/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Tular sebuah video di media sosial memaparkan sekumpulan penduduk tempatan menghalau komuniti Rohingya di Kampung Pandan, dipercayai...

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

01/12/2025
0

SHAH ALAM – Normalisasi budaya songsang memberi kesan besar termasuk melemahkan maruah dan integriti moral seorang Muslim serta membuka ruang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd