• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Covid-19: RM593 Juta Belanja Perolehan Darurat Peralatan Hospital

oleh
22/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM593 juta dibelanjakan bagi perolehan darurat peralatan tambahan hospital yang diperlukan bagi merawat kes Covid-19 sejak dua tahun lalu, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, perolehan yang dibuat pada 2020 dan tahun ini (2021) sudah diagihkan mengikut keperluan ke semua fasiliti kesihatan di seluruh negara.

“Ia termasuk peralatan seperti katil pesakit biasa, katil pesakit Unit Rawatan Rapi (ICU), ventilator, ultrabunyi, body freezer, kontena mayat, silinder oksigen dan lain-lain lagi.

“Ini tidak termasuk sumbangan peralatan yang diterima dari dalam dan luar negara yang bernilai RM148 juta,”katanya menjawab soalan Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid (PH-Kapar) yang meminta Khairy menyatakan status kebolehupayaan alatan hospital kerajaan yang digunakan untuk merawat pesakit Covid-19.

Khairy berkata selain menambah peralatan hospital, Kementerian Kesihatan (KKM) juga menubuhkan ‘National Rapid Response Task Force’ supaya petugas kesihatan boleh dimobilisasi ke negeri-negeri yang mempunyai jangkitan kes tinggi ketika ini seperti Pulau Pinang, Kedah dan Sabah. – BERNAMA

Tags: Khairy JamaluddinKKMpandemik COVID-19perolehan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

16/12/2025
0

JOHOR BAHRU: Malaysia komited mengharamkan sepenuhnya penggunaan vape dengan Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan ia dapat dimuktamadkan menjelang tahun depan. Menteri...

SPRM Siasat Perolehan UKM

SPRM Siasat Perolehan UKM

22/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan berhubung perolehan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bernilai RM58.45 juta. Pengarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd