• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Covid-19: Malaysia Sumbang Peralatan Perubatan Bantu Indonesia

oleh
18/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia pada Rabu menyerahkan sumbangan peralatan dan bekalan perubatan kepada Indonesia bagi membantu republik itu memerangi pandemik Covid-19.

Sumbangan itu diserahkan oleh Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah kepada Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang dekat sini.

Saifuddin berkata, bantuan itu mencerminkan hubungan baik dan kukuh di antara kedua-dua negara, dan sebagai jiran terdekat, Malaysia dan Indonesia akan terus bekerjasama erat dalam memerangi pandemik Covid-19.

“Walaupun Malaysia sendiri masih lagi berdepan dengan pandemik Covid-19 serta kekangan-kekangan yang datang dengannya, namun ia tidak menghalang kita untuk membantu mengikut kemampuan kita.

“Di samping usaha-usaha domestik kita untuk menangani wabak Covid-19, kita juga perlu melihat kepada situasi dan kebajikan mereka yang berada di sekeliling kita termasuk juga jiran-jiran tetangga kita,” katanya pada majlis penyerahan itu.

Sumbangan yang dihulurkan Malaysia kepada Indonesia yang berupa tangki ISO mengandungi oksigen cecair, pemekat oksigen, ubat-ubatan terapeutik serta barangan perubatan pakai buang, akan dihantar menggunakan pesawat TUDM.

Sumbangan hari ini merupakan kumpulan pertama dalam beberapa peringkat penghantaran bantuan kepada Indonesia yang dijangka selesai hujung bulan ini, katanya.

Sementara itu, Hermono berkata. kerajaan dan rakyat Indonesia amat menghargai bantuan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia.

“Sumbangan ini amat bermakna untuk kami. Meskipun Malaysia pada saat ini sedang berjuang melawan Covid-19, tapi ia masih fikirkan saudara-saudara di Indonesia dalam membantu untuk sama-sama melawan pandemik ini,” katanya.

Turut hadir ialah Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Mastura Mohd Yazid dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang. – BERNAMA

Tags: bantuan peralatan perubatanIndonesiapandemik COVID-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Indonesia Kaya Tapi Rakyat Masih Ramai Miskin’-Prabowo

‘Indonesia Kaya Tapi Rakyat Masih Ramai Miskin’-Prabowo

11/01/2026
0

JAKARTA – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, meluahkan keprihatinan mendalam terhadap realiti negaranya yang kaya dengan sumber daya alam, namun masih...

Prabowo: Indonesia Kuat, Tidak Perlu Bantuan Luar

Prabowo: Indonesia Kuat, Tidak Perlu Bantuan Luar

16/12/2025
0

JAKARTA – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan bahawa republik itu merupakan sebuah negara yang kuat, berdaulat dan berkeupayaan untuk berdikari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd