• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong, Permaisuri Adakan Lawatan Khas Ke UK Mulai Hari Ini

oleh
17/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengadakan lawatan khas ke United Kingdom mulai hari ini hingga 27 September.

Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan Seri Paduka berdua berkenan mengadakan lawatan ke Battersea Power Station, projek ikonik Malaysia di London yang juga usaha sama antara Sime Darby Property, SP Setia Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Seri Paduka berdua juga berkenan melawat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London pada 24 September bagi sesi pertemuan dengan rakyat Malaysia yang terdiri daripada usahawan, ahli akademik, pelajar serta ketua komuniti.

“Pada 25 September, Seri Paduka berdua dijadualkan berangkat melawat Tun Abdul Razak Research Centre (TARRC), sebuah syarikat milik penuh Lembaga Getah Malaysia dan satu daripada institusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) getah terkemuka dunia,” menurut kenyataan itu.

Seri Paduka turut berkenan menerima kunjungan Ketua Staf Pertahanan United Kingdom, Jeneral Nicholas Carter, dengan pertemuan itu akan menyentuh hubungan kerjasama pertahanan Malaysia dan United Kingdom.

Menurut Wisma Putra, secara keseluruhan, lawatan khas itu melambangkan kepentingan hubungan erat antara Malaysia dan United Kingdom dimanifestasikan di peringkat pemerintahan tertinggi negara.

Selain itu, lawatan turut menzahirkan keprihatinan Seri Paduka berdua terhadap kesejahteraan rakyat Malaysia serta prestasi pelaburan dan kepentingan negara di United Kingdom supaya sentiasa berada dalam keadaan yang baik terutamanya semasa pandemik yang mencabar ini. – BERNAMA

Tags: lawatan khasRaja Permaisuri AgongUnited KingdomYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KPM Junjung Titah Yang Di-Pertuan Agong

KPM Junjung Titah Yang Di-Pertuan Agong

19/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menjunjung kasih atas titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang menyentuh mengenai pendidikan negara sempena...

Agong Kurnia DMIJ Kepada Panglima 21 Gerup Gerak Khas, Juruiring Pemangku Sultan Johor

Agong Kurnia DMIJ Kepada Panglima 21 Gerup Gerak Khas, Juruiring Pemangku Sultan Johor

14/08/2025
0

JOHOR BAHRU: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Yang Kedua, Dato' Mulia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd