• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lokaliti Di Pahang, Sabah Dikenakan PKPD

oleh
17/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengumumkan dua lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) masing-masing di Pahang dan Sabah bermula Ahad ini hingga 2 Oktober.

Ketua Pengarah MKN, Datuk Rodzi Md Saad berkata, keputusan pelaksanaan PKPD itu berdasarkan penilaian risiko dan trend jangkitan Covid-19 di lokaliti berkenaan.

“Dua lokaliti itu adalah Kampung Sungai Padi, Mukim Telang, Lipis, Pahang dan Kampung Air, Beluran, Sabah.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD berkenaan adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rodzi berkata, PKPD di Taman Samudera, Seri Manjung, Perak yang dijadualkan tamat esok, pula akan dilanjutkan 14 hari lagi sehingga 2 Oktober.

Dalam pada itu, beliau berkata, beberapa lokaliti PKPD di Pahang iaitu kawasan sekitar Pekan Padang Tengku, Pahang dan Kampung Orang Asli Sungai Cincin, Batang Padang, Perak, ditamatkan seperti dijadualkan esok.

Beliau berkata, keputusan menamatkan PKPD itu dibuat selepas meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa Covid-19 di lokaliti berkenaan. – myMetro Online

Tags: pandemik COVID-19Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dasar Fiskal: Kerajaan Fokus Pacu Negara Keluar Daripada Pandemik

29/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Gelombang ketiga pandemik Covid-19 yang melanda negara memberi cabaran besar kepada kemampuan fiskal kerajaan, sekali gus mendorong...

Rentas Negeri: Kenderaan Bertambah Tetapi Aliran Trafik Lancar

11/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Keadaan jalan utama menuju keluar dari ibu kota dalam keadaan terkawal dan tiada aliran trafik luar biasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd