• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 Individu Dituduh Di Mahkamah Palsukan Sijil Vaksinasi

oleh
15/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang individu sudah dijatuhi hukuman penjara manakala sembilan yang lain dituduh di mahkamah atas pertuduhan memalsukan sijil vaksinasi, setakat hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said berkata, berdasarkan pecahan mengikut negeri, 10 individu berkenaan membabitkan seorang individu di Kelantan, Melaka (dua), Sarawak (empat), Perak (satu) dan Sabah (dua).

“Seorang individu yang didapati bersalah adalah di Sarawak, di mana mahkamah sudah memberikan sabitan dengan hukuman penjara,” katanya pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Shaharizukirnain Abd Kadir (Pas-Setiu) mengenai jumlah individu dikenakan tindakan kerana memalsukan sijil suntikan vaksin serta adakah bercadang menggunakan mekanisme tandatangan digital.

Berhubung cadangan menggunakan tandatangan digital, Ismail berkata, pihaknya percaya Menteri Kesihatan akan meneliti perkara itu bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) bagi memastikan sijil vaksinasi tidak dapat dipalsukan.

Ismail turut menjawab soalan lisan Shaharizukirnain yang mahu kementerian menyatakan tindakan yang akan dikenakan ke atas golongan yang memalsukan sijil suntikan vaksin.

“Kita sentiasa komited dalam memastikan sebarang pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang dikuatkuasakan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) diambil tindakan tegas bagi membendung penularan wabak Covid-19.

“Bersabit dengan tindakan yang akan dikenakan ke atas golongan yang memalsukan sijil suntikan vaksin, langkah-langkah bagi mengatasi perkara ini serta tindakan undang-undang atas kesalahan ini boleh diambil di bawah seksyen 22 (d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” katanya.

Menurutnya, selain itu, tindakan kompaun boleh dikenakan dengan serta-merta sekiranya mereka didapati bersalah bagi menjimatkan masa dan meningkatkan kesedaran masyarakat.

“Pada masa sama, siasatan lanjut boleh dijalankan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada iaitu sama ada di bawah Akta 342 atau Kanun Keseksaan,” katanya. – myMetro Online

Tags: palsukan sijil vaksinasisijil vaksinasi digitalvaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mat Maslan Kena Terima Teguran Rakan

Next Post

RMKe-12 Garis Tindak Balas Menyeluruh Tangani Kesan COVID-19

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

Next Post

RMKe-12 Garis Tindak Balas Menyeluruh Tangani Kesan COVID-19

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd