• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Dakwa Jadi Sasaran Propaganda

oleh
12/08/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa beliau menjadi sasaran propaganda susulan keputusan menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN). 

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, mendakwa propaganda dilakukan melalui penulisan berita menggunakan ‘sumber UMNO’ dan melalui pelbagai platform. 

Beliau turut mempertikaikan tujuan penulisan berita sedemikian, sama ada ia berkepentingan tertentu, biasa atau pun mahu mengelirukan. 

“Kebelakangan ini, banyak berita membabitkan Presiden UMNO ditulis berdasarkan dakwaan ‘sumber UMNO’. Kita wajar berhati-hati dalam menilai berita yang menggunakan maklumat diberi oleh individu ‘anonymous’ (enggan dikenali). 

“Gara-gara UMNO menarik balik sokongan kepada kerajaan, maka Presiden UMNO jadi sasaran propaganda dengan menggunakan apa platform sekalipun,” katanya melalui kenyataan di Facebook, hari ini. 

Pada masa sama, Ahmad Zahid berkata, UMNO sebagai parti milik rakyat perlu terus memperjuangkan kewajipannya tanpa ragu-ragu.

Beliau berkata, keutamaan UMNO adalah demi masyarakat Malaysia dan tanah airnya kerana rakyat perlu dilindungi. 

“Saya tahu ahli UMNO kecewa melihat sikap beberapa pemimpin parti mempertahankan kerajaan kini, namun itu tidak sepatutnya menjadi kekecewaan yang nyata. 

“Mungkin ia asbab untuk masa depan UMNO yang gemilang. Bagi mengertikan UMNO tentang intan dan kaca, yang mana ikhlas kepada rakyat dan parti atau yang mana sebaliknya. 

“Tidak perlu dicari dan digali kerana ia terdedah sendiri. Maka kita semua bersyukur atas kebenaran yang terzahir,” katanya. 

Pada 3 Ogos lalu, beliau mengumumkan, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan untuk menarik balik sokongan kepada kerajaan PN dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Tiga hari selepas itu, Naib Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mendakwa 31 Ahli Parlimen parti itu dan Barisan Nasional (BN) menyokong PN dan Perdana Menteri sehingga keabsahan kerajaan dan Perdana Menteri ditentukan di Parlimen pada September nanti. – BH Online

Tags: Ahmad Zahid HamidiPresiden UMNOpropaganda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli meteorologi...

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan kesediaan beliau untuk kembali kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd