• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tempoh Serahan SD Berakhir, Tumpuan Ke Istana Negara

oleh
18/08/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tempoh bagi 220 Ahli Parlimen menghantar akuan bersumpah (SD) kepada Istana Negara dan menamakan calon pilihan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang kesembilan berakhir jam 4 petang tadi.

Dua nama Ahli Parlimen yang disebut-sebut sudah dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong adalah Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Setakat ini belum mendapat jumlah sah pencalonan bagi kedua-dua pemimpin berkenaan, namun berdasarkan rujukan semua parti, Ismail Sabri dilapor memperoleh sokongan daripada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

Turut menyokong Naib Presiden UMNO itu, PAS yang mengesahkan 18 Ahli Parlimennya menamakan Ismail Sabri serta Ahli Parlimen daripada BERSATU.

Gabungan Parti Sarawak (GPS) walaupun enggan menyatakan pilihan mereka secara terbuka kerana enggan mendahului Yang di-Pertuan Agong dikatakan memihak kepada Ismail Sabri selain beberapa Ahli Parlimen Bebas turut berbuat demikian.

BN memiliki 42 Ahli Parlimen, sementara BERSATU (31) dan masing-masing 18 Ahli Parlimen PAS dan GPS.

Anwar pula dilapor memperoleh sokongan daripada Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Plus yang terdiri daripada PKR, DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH) serta Parti Warisan Sabah (WARISAN).

PKR memiliki 35 Ahli Parlimen, sementara DAP (42) dan 13 dimiliki AMANAH, manakala lapan adalah WARISAN.

Empat Ahli Parlimen daripada Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) serta Ahli Parlimen bebas, Syad Saddiq Syed Abdul Rahman dan Dr Maszlee Malik, tidak dipastikan arah sokongannya, namun mereka dilihat cenderung menyokong calon PH Plus.

Istana Negara dijangka membuat perkiraan jumlah keseluruhan surat akaun yang diterima untuk dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong untuk baginda memperkenankan calon yang memperoleh majoriti 111 sokongan Ahli Dewan Rakyat, sekali gus melepasi kelayakan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Semua pihak termasuk pemimpin politik dan pengamal media kini menanti signal berikutnya dari Istana Negara. – BH Online

Tags: Ahli Parlimenakuan bersumpahPerdana MenteriYang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPM Junjung Titah Yang Di-Pertuan Agong

KPM Junjung Titah Yang Di-Pertuan Agong

19/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menjunjung kasih atas titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang menyentuh mengenai pendidikan negara sempena...

Hadi Awang Tolak Jadi PM Jika PN Menang PRU16

Hadi Awang Tolak Jadi PM Jika PN Menang PRU16

15/09/2025
0

ALOR SETAR: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menolak kemungkinan beliau akan menjadi Perdana Menteri sekiranya Perikatan Nasional (PN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd