• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Sedia Ambil Alih Kerajaan, Miliki Sokongan Terbesar – Anwar

oleh
13/08/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Pakatan Harapan (PH) sedia mengambil alih kerajaan daripada Perikatan Nasional (PN) kerana mempunyai calon sesuai sebagai Perdana Menteri selain memiliki sokongan terbesar dalam Parlimen, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Pengerusi PH itu, gabungan itu juga sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak atau parti lain bagi membentuk kerajaan baharu menggantikan PN yang dilihat gagal mengurus tadbir negara sepanjang krisis Covid-19.

Sehubungan itu, beliau berkata, Majlis Presiden PH memutuskan agar usul undi percaya perlu diadakan lebih awal ekoran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kehilangan sokongan majoriti.

“PH punya pendirian adalah untuk mengemukakan calon PH kerana kita menjadi blok terbesar… kita sudah bangkit soal untuk memberikan sokongan kepada calon calon lain.

“Kerajaan begini (kerajaan campuran)… siapa pun memimpin harus mengambil kira suasana politik hari ini yang memerlukan kerjasama semua pihak supaya ada kerajaan yang stabil dengan dasar yang jelas, tidak sepertimana yg ada sekarang,” tegas Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi.

Anwar berkata demikian kepada wartawan selepas program penyampaian bakul makanan dan ayam segar di pusat khidmat rakyat Parlimen Port Dickson hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, keputusan PH meletakkan calon Perdana Menteri menggantikan Muhyiddin bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

Dalam masa sama, beliau juga tidak menolak desas-desus terdapat parti lain yang juga bercadang meletakkan calon masing-masing sebagai Perdana Menteri untuk kerajaan baharu.

Sementara itu, Anwar menegaskan, jika Muhyiddin memahami sistem Perlembagaan negara dan taat kepada institusi diraja, Ahli Parlimen Pagoh itu seharusnya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Anwar, bagaimanapun, enggan menyalahkan Muhyiddin secara peribadi tetapi pihak tertentu yang bersekongkol dengan Perdana Menteri.

Kata Anwar, tindakan Muhyiddin bersama sekutunya bertentangan dengan kehendak rakyat yang melihat berlaku perlanggaran terhadap institusi diraja.

Ditanya sama ada beliau telah menerima surat pemakluman daripada Parlimen berhubung usul undi percaya kepada Perdana Menteri, Anwar berkata, beliau tidak menerima sebarang makluman berhubung perkara itu. – Astro AWANI

Tags: Anwar Ibrahimpakatan harapanPerdana Menteri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Bukan Kerana Desakan, Tiada Kenaikan Sejak 10 Tahun Lalu – PM

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Bukan Kerana Desakan, Tiada Kenaikan Sejak 10 Tahun Lalu – PM

05/01/2026
0

PUTRAJAYA: Keputusan kerajaan untuk menaikkan gaji penjawat awam termasuk hakim bukan atas desakan mereka, sebaliknya dibuat kerana ada keperluan selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd