• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perjumpaan Khas Perikatan Nasional Di Putrajaya, Petang Ini

oleh
11/08/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dijangka mengadakan pertemuan dengan semua ketua parti dalam Perikatan Nasional (PN) petang ini.

Beberapa pemimpin komponen PN yang dihubungi, mengesahkan perjumpaan khas yang dijadualkan berlangsung di Pejabat Perdana Menteri kira-kira jam 5 petang ini.

Walaupun mengesahkan pertemuan itu, namun masing-masing enggan mengulas mengenai agenda yang dipercayai ada kaitan dengan perkembangan politik semasa tanah air.

Pagi tadi, Perdana Menteri dilaporkan mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara, sebelum mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet.

Pada petang Rabu minggu lalu, Muhyiddin mengumumkan yang kedudukannya sebagai Perdana Menteri masih utuh dengan mempunyai sokongan majoriti dalam kalangan Ahli Dewan Rakyat.

Muhyiddin dilaporkan turut memaklumkan perkara itu kepada Al-Sultan Abdullah, ketika sesi menghadap Seri Paduka di Istana Negara pada sebelah pagi sebelum mempengerusikan mesyuarat Kabinet

Ia susulan warkah daripada Yang di-Pertuan Agong memaklumkan lapan Ahli Parlimen daripada UMNO ada menulis surat kepada baginda bahawa mereka menarik sokongan kepada Muhyiddin.

Muhyiddin turut dilaporkan menyembah maklum kepada Seri Paduka untuk membentangkan usul undi percaya, pada sidang Dewan Rakyat yang dijadualkan September ini, bagi menentukan keabsahan kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan langkah itu sudah diperkenankan oleh baginda.

Selain Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), PN turut dianggotai PAS, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) dan Parti Maju Sabah (SAPP).

MCA dan MIC menyertai gabungan itu menerusi Barisan Nasional (BN) dijangka turut menghadiri perjumpaan pada petang ini.

Walaupun UMNO membuat keputusan menarik sokongan kepada kepemimpinan Muhyiddin dan PN, tetapi 31 Ahli Parlimennya diketuai Timbalan Perdana, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan mengekalkan sokongan kepada PN sehingga usul keabsahan dibentang di Parlimen, bulan depan.

Ahad lalu, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan, dilaporkan berkata, parti itu akan menunggu keputusan perbincangan di peringkat BN susulan UMNO memutuskan parti itu menarik balik sokongan kepada kepemimpinan Muhyiddin berkuat kuasa serta-merta.

Minggu lalu, dua menteri dari UMNO, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah dan Datuk Seri Noraini Ahmad masing-masing sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli serta Menteri Pengajian Tinggi mengumumkan peletakan jawatan, susulan keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 3 Ogos, yang sebulat suara menarik sokongan kepada PN. – BH Online

Tags: Muhyiddin YassinPejabat Perdana Menteriperikatan nasional
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dapatkan Surat Kebenaran Polis

Next Post

Gempa Bumi Utara Sumatera Dirasai Di Lembah Klang

Related Posts

Muhyiddin Tuntut Anwar Mohon Maaf

Muhyiddin Tuntut Anwar Mohon Maaf

07/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) menuntut Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta maaf berhubung kenyataan Perdana Menteri yang mendakwa...

Muhyiddin Kemuka Representasi Mohon Tuduhan Digugurkan – TPR

Muhyiddin Kemuka Representasi Mohon Tuduhan Digugurkan – TPR

06/08/2025
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengemukakan surat representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi...

Next Post

Gempa Bumi Utara Sumatera Dirasai Di Lembah Klang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd