• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Nak Hidup Atau Mati!”

oleh
13/08/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA SAMARAHAN – “Nak hidup atau mati!” Itu kata terakhir anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebelum menembak mati tiga rakan setugasnya di Skuadron 330 TUDM, di sini, pagi tadi.

Sumber berkata, dalam kejadian pada jam 7.15 pagi itu, suspek berpangkat Koperal datang ke balai pengawal kem berkenaan dengan menaiki motosikal.

Ketika itu, lima anggota iaitu tiga berpangkat Koperal dan dua Laskar Udara berada di balai pengawal berkenaan.

Menurutnya, suspek kemudiannya meluru ke dalam balai pengawal dan terus mencapai sepucuk senjata jenis Colt M4 Carbine lalu mencekahnya.

“Salah seorang anggota sempat menegurnya namun suspek bertanya, nak hidup atau mati,” katanya.

Melihat tindakan suspek yang mengejutkan itu, salah seorang anggota berpangkat Koperal cuba menenangkannya, namun suspek terus melepaskan tembakan ke arah perut mangsa.

Anggota lain yang menyaksikan kejadian itu cuba menyelamatkan diri, namun suspek terus melepaskan tembakan yang terkena dua lagi mangsa.

Dua mangsa yang masing-masing cedera di bahagian belakang dan dada meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang lagi yang cedera di perut disahkan meninggal dunia di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak di Kota Samarahan, manakala suspek pula meninggal dunia selepas menembak dirinya sendiri.

Mayat semua anggota terbabit dihantar ke Unit Forensik, Hospital Umum Sarawak di Kuching, untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, suspek yang sebelum ini pernah bertugas di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang, tidak menghadapi masalah pergaulan dengan rakan setugas.

Dia yang berasal dari Lundu dikatakan sedang menjalani kuarantin Covid-19. – myMetro Online

Tags: anggota TUDMkes tembakanTentera Udara Diraja Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Geng Kongsi Gelap “Ayah Yie Tiger 99” Tumpas

17/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Kumpulan kongsi gelap ‘Geng Ayah Yie Tiger 99’ yang disyaki menembak bekas pemandu kepada mantan Peguam Negara,...

Suspek Kes Tembakan Dikenali Sebagai Kacang@ Munding

07/02/2020
0

KOTA KINABALU - Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Habibi Majinji berkata, identiti suspek yang melepaskan tembakan sehingga menyebabkan tiga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd