• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mesyuarat Khas Raja-Raja Melayu Selesai

oleh
20/08/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja berhubung isu pelantikan Perdana Menteri baharu selesai dengan Raja-Raja Melayu dilihat meninggalkan Istana Negara sebentar tadi.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang terawal berangkat pulang meninggalkan Istana Negara pada jam 4.22 petang diikuti Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir pula dilihat berangkat pulang pada jam 4.25 petang disusuli Pemangku Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah pada jam 4.28 petang.

Turut berangkat meninggalkan Istana Negara ialah Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pada jam 4.30 petang diikuti Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Terdahulu, perbincangan khas itu bermula pada jam 3 petang sebelum berakhir sejam kemudian. Tumpuan seluruh negara hari ini terarah kepada Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja.

Difahamkan ia adalah bagi membincangkan isu bakal calon Perdana Menteri baharu dan kerajaan, susulan peletakan jawatan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perbincangan itu adalah yang ketiga berlangsung di Istana Negara sejak Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menaiki takhta Yang di-Pertuan Agong pada 31 Januari 2019 dengan yang pertama berlangsung pada 25 Oktober 2020.

Difahamkan, perbincangan itu diadakan selepas Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap 114 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Bebas semalam. – BH Online

Tags: Istana NegaraMesyuarat Khas Raja-Raja MelayuPerdana MenteriYang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPM Junjung Titah Yang Di-Pertuan Agong

KPM Junjung Titah Yang Di-Pertuan Agong

19/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menjunjung kasih atas titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang menyentuh mengenai pendidikan negara sempena...

Hadi Awang Tolak Jadi PM Jika PN Menang PRU16

Hadi Awang Tolak Jadi PM Jika PN Menang PRU16

15/09/2025
0

ALOR SETAR: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menolak kemungkinan beliau akan menjadi Perdana Menteri sekiranya Perikatan Nasional (PN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd