• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahdzir Khalid Menteri Tenaga Dan Sumber Asli Baharu?

oleh
04/08/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mahdzir Khalid difahamkan akan dilantik sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli berkuat kuasa 9 Ogos ini.

Ia bagi menggantikan Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah yang meletak jawatan kerana mengambil kira beberapa keputusan dan pendirian parti semalam.

Sumber memberitahu Utusan Malaysia, lantikan itu dibuat berdasarkan pengalaman beliau yang pernah memegang beberapa portfolio penting dalam Kabinet, sekali gus mampu membantu untuk menyelesaikan isu-isu yang berbangkit.

Mengesahkan perkara itu, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, beliau telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan menganggap ia adalah rezeki buat UMNO yang perlu disyukuri.

“Alhamdulillah, tahniah kepada Datuk Mahdzir dan ahli UMNO perlu bersyukur kepada Allah, ini satu lagi rezeki buat UMNO. Kalau tolak lagi rezeki ni, tidak bersyukur lah namanya.

“Kita terima dengan baik, dan saya doakan Mahdzir Khalid berjaya sebagai seorang Menteri UMNO yang memberikan khidmat terbaik kepada rakyat dan parti,” katanya ketika dihubungi.

Mahdzir sebelum ini pernah menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dari Mei 2013 hingga Julai 2015, sebelum memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan sehingga 2018.

Beliau juga adalah bekas Menteri Besar Kedah dari Disember 2005 hingga Mac 2008.

Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari Universiti Sains Malaysia (USM), Mahdzir pernah menjadi Pengerusi Lembaga Pembangunan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), selain Timbalan Pengerusi Penggalakan Pelancongan Malaysia di bawah Kementerian Pelancongan. – UTUSAN ONLINE

Tags: ahli parlimen umnomahadzir khalidMenteri Tenaga dan Sumber Asli
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Saya Setia Kepada Parti” – Shamsul Anuar

Next Post

Terus Melonjak, 19,819 Kes COVID-19 Hari Ini

Related Posts

Ismail Sabri Tidak Terima Lagi Surat Daripada UMNO

06/08/2021
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan beliau masih belum menerima sebarang surat daripada UMNO...

Tempoh 48 Jam Diberikan UMNO Bertentangan Undang-Undang

06/08/2021
0

KUALA LUMPUR - Tempoh 48 jam diberikan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan kepada Ahli Parlimen parti itu untuk...

Next Post

Terus Melonjak, 19,819 Kes COVID-19 Hari Ini

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd