• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Adalah Kelab Professional, Bukan Cap Ayam

oleh Mohd Arshad
30/08/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERBUATAN pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Syafiq Ahmad memuat naik satu tweet di media sosial menimbulkan polemik.

Menimbulkan polemik yang cukup besar dalam kalangan peminat sukan bola sepak tanah air sehingga mengundang perdebatan.

Tweet pemain JDT tersebut selepas perlawanan membabitkan kelabnya: “Seronok tengok kawan-kawan main bola.”

Kenyataan pemain itu ringkas sahaja, tetapi jelas telah mengundang persepsi kurang baik kepada kelab diwakilinya.

Ramai mentafsirkan Syafiq meluahkan secara terbuka dirinya rindu untuk beraksi semula selepas lama tidak dapat bermain.

Jika tafsiran itu benar sekalipun ia bukanlah sesuatu yang aneh. Itu lumrah pemain bola sepak memang mahu sentiasa beraksi.

Kenyataan itu namun telah memberi bola tanggung kepada pengkritik tegar JDT untuk kembali “berkokok” tidak tentu pasal.

Bagaimanapun perlu difahami kelab bola sepak JDT sebuah pasukan gergasi dengan pengurusan yang sangat profesional.

Pemain dipilih beraksi adalah berdasarkan merit dan kemampuan semasa. Bukan berdasarkan ehsan atau siapa suka siapa.

Ada petunjuk prestasi utama (KPI) wajib dipenuhi. Merengek dan merintih bukan salah satu dalam senarai prestasi diingini.

Perlu ingat para pemain JDT sejak penubuhan kelab itu terdiri dalam kalangan yang terbaik daripada terbaik.

“Best of the best” bukan bererti kesombongan. Ia “dream team” yang diidamkan oleh setiap pasukan di seantero dunia.

Jika kita fikir kita bagus dapat bermain untuk JDT, pemain lain dalam “dream team” pasti juga bagus pada pandangan kelab.

Pengurusan JDT pasti mahu memilih yang terbaik daripada yang terbaik dalam kesebelasan pemain untuk setiap perlawanan.

Maka persaingan berada dalam kesebelasan utama adalah sengit. Kemampuan dan keupayaan semasa menjadi kayu ukur.

Setiap pemain yang membuat keputusan untuk menandatangani kontrak bersama JDT seharusnya sudah sedari hakikat ini.

Pemain berada pada prestasi kurang baik berbanding pemain lain akan direhatkan sehingga kembali mantap.

Namun rekod JDT sebuah kelab yang tidak sewenang-wenang mengenepikan pemain tanpa sebarang sebab musabab.

Beberapa pemain pernah mengalami kecederaan dalam tempoh yang lama dibantu kembali cergas untuk beraksi.

Maka perbuatan pemain JDT itu memuat naik tweet tersebut dilihat agak kurang profesional.

Beliau seharusnya boleh menjangkakan apakah persepsi negatif yang akan timbul kepada kelab diwakilinya.

Impaknya turut disedari pemilik kelab JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menyanggah kelakuan tersebut.

Pemain itu telah meminta maaf. Namun kejadian itu sepatutnya dijadikan iktibar kepada yang lain supaya tidak berulang.

Ingatlah pemain kelab profesional perlu bersikap seperti pemain profesional. Setiap tindak tanduk dan perkataan jadi tumpuan. – Mynewshub.TV

Tags: JDTSyafiq ahmadTMJTunku Ismail Sultan Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus membuktikan dominasi apabila mencatat rekod tanpa kalah dalam 25 perlawanan Piala Malaysia...

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

31/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor kini sedang memperincikan pelbagai langkah strategik bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat, susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd