• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Berdoalah Agar Gaji Mereka Dibayar Separuh Dari Kabinet Mahiaddin”

oleh Ahmad Albab
30/08/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketika pengumuman kabinet baru oleh Ismail Sabri Yaakob hari ini terus berdepan dengan kesangsian sesetengah pihak, seorang pemimpin veteran Umno menggesa agar orang ramai “berdoa” untuk mereka.

Menurut Tengku Razaleigh Hamzah orang ramai wajar berharap aga menteri-menteri terbabit dibayar gaji separuh lebih rendah berbanding apa yang mereka terima di bawah Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Malah kata pengerusi Jemaah Penasihat UMNO itu, dia sendiri tidak dapat memberikan ulasan banyak mengenai kabinet Ismail Sabri.

“Saya telah memberikan ulasan bahawa tak dapat nak duga selain daripada mereka yang dipilih kerana inilah pilihan yang ada.

“Sudah tentu UMNO kecewa dengan barisan kabinet terbaru ini.

“Mari kita berdoa agar gaji mereka ini dibayar sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah yang dibayar kepada mereka di bawah Muhyiddin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pengumuman dibuat perdana menteri pagi tadi, seramai 31 menteri dan 38 timbalan dilantik menyertai kerajaan dengan sebahagian besar mereka adalah muka yang sama pernah berkhidmat di bawah Muhyiddin sebelum ini.

Justeru sesetengah pihak menganggap Ismail Sabri hanya mengitar semula kabinet presiden Bersatu terbabit.Pembangkang pula mentafsirkan kerajaan baru di bawah Ismail Sabri sebagai Kerajaan Perikatan Nasional (PN) 2.0.

Sementara, bekas perdana menteri Najib Razak mempertahankan barisan kabinet Ismail Sabri meskipun menyedari ramai rakyat kecewa dengan pengumuman itu.

Ismail Sabri ketika mengumumkan senarai berkenaan berkata, tugas utama kabinet yang dibentuk hari ini adalah untuk menangani Covid-19 dan memulihkan semula ekonomi.

Katanya, setiap menteri juga mesti menunjukkan prestasi mereka dalam tempoh 100 hari pertama memegang jawatan. – MalaysiaKini

Tags: Ismail Sabri YaakobkabinetMuhyiddin YassinTengku Razaleigh Hamzah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

11/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tan Sri Abdul Hadi Awang menggesa Perikatan Nasional (PN) mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT), selaras Fasal 8.3(l)(b)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd