• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vaksinasi Catat Lebih 400,000 Dos Dua Hari Berturut-Turut

oleh
14/07/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kadar pemberian vaksin COVID-19 harian terus mencatat peningkatan memberangsangkan dengan 424,541 dos diberikan di seluruh negara, semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata jumlah itu adalah yang tertinggi setakat ini sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bermula pada 24 Februari lalu.

Katanya, lonjakan kapasiti vaksinasi harian itu menjadikan lebih 12.2 juta dos vaksin sudah diberikan setakat semalam, dengan 11.8 peratus populasi negara sudah mendapat perlindungan lengkap dua dos vaksin COVID-19.

“Jumlah pemberian vaksin COVID-19 sehingga semalam ialah 12,212,730 dos, manakala jumlah 424,541 dos yang diberikan semalam ialah yang tertinggi setakat ini.

“Jumlah individu yang sudah menerima dos pertama ialah 8,364,354 orang yang bersamaan 25.6 peratus daripada lebih 32 juta populasi negara.

“Selain itu, seramai 3,848,376 orang telah menerima dus dos vaksin COVID-19, yang merangkumi 11.8 peratus daripada jumlah keseluruhan populasi negara,” katanya menerusi Twitter, hari ini.

Jumlah pemberian vaksin COVID-19 Malaysia pertama kali melepasi kadar 400,000 dos sehari kelmarin, dengan 421,479 dos direkodkan.

Sementara itu, data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) yang dikongsi Dr Adham, menunjukkan lebih 1.4 juta atau 51 peratus penduduk Sarawak sudah menerima dos pertama vaksin COVID-19.

Ia disusuli Labuan (39,898/40.1 peratus), Lembah Klang (3.2 juta/38 peratus), Perlis (80,803/31.7 peratus), Negeri Sembilan (342,605/30.4 peratus) dan Pulau Pinang (418,911/23.6 peratus).

Labuan pula mencatatkan kadar penerima dua dos vaksin tertinggi dengan 33,380 individu atau 33.5 peratus daripada jumlah keseluruhan populasi wilayah itu.

Ia disusuli Sarawak (661,799/23.5 peratus), Perlis (58,539/23 peratus), Negeri Sembilan (142,138/12.6 peratus), Lembah Klang (984,631/11.7 peratus) dan Perak (282,729/11.3 peratus). – BH Online

Tags: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK)vaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

R-naught Covid-19 Negara Naik 1.16, Putrajaya Tertinggi

Next Post

ATM Bantu Uruskan Mayat Pesakit Covid-19 Di HTAR

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

Next Post

ATM Bantu Uruskan Mayat Pesakit Covid-19 Di HTAR

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd