• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tengku Razaleigh Minta Pindah Kerusi Ke Blok Bebas

oleh
27/07/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah meminta supaya kedudukannya di Dewan Rakyat diletakkan di blok Bebas yang tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN). 

Dalam satu surat makluman kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun bertarikh semalam, vateran politik itu menyatakan tidak pernah menyokong atau bersama-sama dengan kerajaan yang ditubuh menggunakan nama kerajaan PN. 

“Saya belum mengetahui sama ada anggota-anggota Dewan Rakyat lain daripada parti saya sudah berurusan dengan Yang di-Pertua mengenai tempat duduk mereka dalam Dewan Rakyat. 

“Walau apa pun yang dilakukan oleh mereka ini, saya dengan sukahati mohon berpindah ke tempat lain yang sewajarnya, bersesuaian dengan semangat perjuangan Barisan Nasional (BN)/UMNO terutama sekali pengundi saya, ahli UMNO dan rakyat Malaysia supaya sedikit pun tidak boleh dianggap sebagai penyokong kerajaan gagal ini,” jelas surat itu.

Salinan surat makluman itu juga diserahkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Setiausaha Agung UMNO dan BN serta Penasihat dan Pengerusi Majlis Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC). 

Sebelum ini, Razalegh menjelaskan beliau mengambil tindakan berkecuali daripada menyokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, namun menjelaskan masih kekal sebagai Ahli Parlimen UMNO. 

Ketika undian Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat hujung tahun lalu juga, beliau mengambil pendirian berkecuali dengan tidak hadir pada setiap sesi pengundian RUU berkenaan. – BH Online

Tags: ahli parlimen umnoDewan RakyatTengku Razaleigh Hamzah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Tolak Sertai ‘Rumah Bangsa’ Anjuran UMNO

PAS Tolak Sertai ‘Rumah Bangsa’ Anjuran UMNO

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – PAS menegaskan pendiriannya untuk tidak menyertai gagasan ‘Rumah Bangsa’ yang diketengahkan oleh Presiden UMNO kerana...

Anthony Loke Minta Orang Ramai Kecam MP Tak Sokong Usul Hadkan Tempoh Jawatan PM

Anthony Loke Minta Orang Ramai Kecam MP Tak Sokong Usul Hadkan Tempoh Jawatan PM

02/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook meminta orang ramai mengecam Ahli Parlimen yang tidak hadir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd