• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Spritzer Ajak Rakyat Malaysia Daftar Program Vaksinasi Segera

oleh
05/07/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Spritzer Malaysia (Spritzer), mengajak rakyat Malaysia supaya mendaftar untuk vaksinasi COVID-19 bagi melindungi diri dari jangkitan varian baharu.

Pengeluar air mineral semulajadi itu dalam kenyataannya berkata, seruan untuk mendaftar vaksinasi adalah perlu ketika ini berikutan varian baharu pandemik ini mudah berjangkit dan lebih berbahaya.

Bagi menyokong usaha itu, Spritzer telah bekerja rapat dengan petugas barisan hadapan seperti pasukan perubatan, pasukan polis, tentera dan agensi-agensi penguatkuasaan untuk memberi sokongan dari segi membekalkan air botol di seluruh negara.

Spritzer memberi sumbangan air botol untuk para petugas barisan hadapan bagi memerangi Covid-19.

“Memandangkan betapa seriusnya pandemik ini, Spritzer secara berterusan telah menyumbang air botol kepada beberapa pusat vaksinasi COVID-19 bagi menyokong petugas barisan hadapan, sukarelawan dan mereka yang pergi untuk divaksin, bagi memastikan keperluan paling asas mereka dijaga dengan baik,” katanya dalam kenyataan hari ini di sini.

Di samping inisiatif-inisiatif itu, Spritzer juga menyokong pasukan Jabatan Pertahanan Awam yang ditugaskan mengebumikan mangsa Covid-19 di Lembah Klang.

Spritzer memberi sumbangan air botol untuk para petugas barisan hadapan bagi memerangi Covid-19.

Ujar syarikat, kini cuma separuh daripada penduduk negara ini yang baru mendaftarkan diri.

Dengan kadar jangkitan yang melonjak baru-baru ini, Spritzer memahami pengorbanan yang dilakukan oleh petugas barisan hadapan dan agensi penguatkuasaan semasa melaksanakan tanggungjawab mereka, terutama semasa cuaca yang sukar.

Tambah merumitkan di mana sistem penjagaan kesihatan negara berlaku kekurangan katil unit rawatan rapi dan pasukan perubatan yang teramat letih.

Spritzer memberi sumbangan air botol untuk para petugas barisan hadapan bagi memerangi Covid-19.

“Memandangkan kebanyakan kakitangan Spritzer belum memperolehi temujanji untuk vaksinasi, syarikat telah mengambil inisiatif untuk mendapatkan vaksin sebagai respon mengutamakan keselamatan dan kesihatan mereka dan berharap program vaksinasi ini akan bermula pada bulan ini,” kata Spritzer lagi.

Sehubungan itu Spritzer berharap semua orang dapat memainkan peranan masing-masing di dalam melawan pandemik ini dengan mematuhi prosedur standard operasi seperti yang digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara dan juga mematuhi garis panduan Kementerian Kesihatan.

Tags: air mineral semulajadiSpritzervaksin covid-19vaksinasi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd