• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peruntukan RM21 Juta Jayakan Bakul Prihatin Negara

oleh
15/07/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM21 juta diperuntukkan untuk menjayakan inisiatif terbaharu kerajaan, Bakul Prihatin Negara bagi menzahirkan kecaknaan dan keprihatinan kerajaan terhadap kehidupan rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam kenyataan, berkata inisiatif itu adalah kerjasama strategik membabitkan kerajaan dan syarikat korporat dengan pelaksanaan penyampaian bantuan oleh Sukarelawan Skuad Prihatin Negara bawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Kata kenyataan itu, pelaksanaan Bakul Prihatin Negara membabitkan peruntukan kerajaan sebanyak RM5 juta manakala tambahan RM16 juta lagi hasil sumbangan lima syarikat korporat.

Katanya, Yayasan Petronas menyumbang RM5 juta, diikuti AEON Big (RM4 juta), Pharmaniaga (RM3 juta), Tenaga Nasional Berhad (RM2 juta) dan Telekom Malaysia (RM2 juta).

Sumbangan itu diserahkan wakil syarikat terbabit kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika meninjau pusat penyimpanan dan agihan Bakul Prihatin Negara di Kompleks KPWKM, Putrajaya, hari ini.

“Sumbangan daripada sektor korporat untuk Bakul Prihatin Negara disalurkan menerusi Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bawah KPWKM.

“Keprihatinan syarikat korporat yang tampil menyokong usaha menyalurkan bantuan kepada rakyat yang terkesan akibat COVID-19 menerusi program ini amat dihargai dan diharap menjadi galakan kepada syarikat lain untuk turut menyumbang,” kata kenyataan itu.

Bakul Prihatin Negara adalah hasil cetusan idea Perdana Menteri sendiri sebagai tindak balas proaktif terhadap senario yang dihadapi oleh rakyat pada masa ini yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Kata kenyataan itu, Bakul Prihatin Negara juga adalah nilai tambah kepada Program Bantuan Bakul Makanan yang dilaksanakan oleh kerajaan sebagai inisiatif Prihatin Rakyat sebagaimana diumumkan sebelum ini termasuk di bawah pakej Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) dan Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Katanya, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 dilaksanakan pada Mac 2020, kerajaan melalui KPWKM mengagihkan 1.4 juta bakul makanan yang memberi manfaat kepada 5.6 juta isi rumah yang terjejas dan terkesan.

“Tidak cukup dengan itu pada 1 Julai lalu, bawah pakej PEMULIH, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan RM300,000 untuk setiap ahli Parlimen tanpa mengira parti politik.

“Jumlah keseluruhan peruntukan itu adalah sebanyak RM66.6 juta membabitkan penyediaan kira-kira 666,000 bakul makanan yang dianggarkan memberi manfaat kepada 2,664,000 rakyat di seluruh negara,” katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan bantuan Bakul Prihatin Negara boleh menghubungi Bilik Gerakan JKM yang terdapat di 108 daerah di seluruh negara, Talian Kasih di 15999 atau WhatsApp ke 019-2615999.

Mereka juga boleh mengemukakan permohonan bantuan melalui media sosial rasmi (Facebook/Twitter/Instagram) KPWKM dan JKM atau menghubungi pemimpin tempatan di kawasan masing-masing.

Maklumat lanjut mengenai Bakul Prihatin Negara seperti Soalan Lazim (FAQ), borang dan carta alir permohonan serta nombor telefon Bilik Gerakan JKM di seluruh negara boleh diperoleh di laman web http://www.jkm.gov.my. – BH Online

Tags: Bakul Prihatin NegaraKPWKMpandemik COVID-19
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kadar Rt COVID-19 Menghampiri Nilai Ambang 1.2

Next Post

Lokman Noor Adam Dipenjara Sebulan

Related Posts

Dewan Negara Luluskan RUU Anti Gangguan Seksual

Dewan Negara Luluskan RUU Anti Gangguan Seksual

11/08/2022
0

PUTRAJAYA – Hasrat kerajaan untuk menyediakan undang-undang khusus bagi menangani isu gangguan seksual kini semakin hampir menjadi kenyataan selepas Dewan...

RUU Antigangguan Seksual 2021 Diluluskan

RUU Antigangguan Seksual 2021 Diluluskan

20/07/2022
0

KUALA LUMPUR - Hasil usaha penggubalan dan libat urus yang dilakukan sejak 2011, Rang Undang-Undang Antigangguan Seksual 2021 (AGS2021) akhirnya...

Next Post

Lokman Noor Adam Dipenjara Sebulan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd