• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPT Kurangkan Yuran Universiti 10 Hingga 35 Peratus

oleh
16/07/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju memberikan kelonggaran dan pertimbangan sewajarnya terhadap tuntutan yuran membabitkan pelajar yang terjejas dan menghadapi masalah kewangan.

KPT dalam satu kenyataan media, hari ini memaklumkan, pihaknya sentiasa mendengar dan memahami keluh kesah golongan ibubapa dan penuntut yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Katanya, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) melalui Surat Edaran bertarikh 22 Mac 2021 sudah meminta Universiti Awam (UA) untuk memberikan kelonggaran dan pertimbangan sewajarnya terhadap tuntutan yuran membabitkan penuntut dan keluarga yang berhadapan kesukaran serta terjejas pendapatan.

“Bagi meringankan beban pelajar UA melaksanakan beberapa inisiatif antaranya pengurangan yuran perkhidmatan, yuran asrama, yuran konvokesyen dan yuran aktiviti kolej.

“Inisiatif pengurangan ini adalah purata antara 10 peratus sehingga 35 peratus, bermula semester kedua sesi akademik 2019/2020 sehingga hari ini.

“Pengurangan yuran bagi semester kedua sesi akademik 2019/2020 membabitkan semua pelajar warganegara Malaysia ini membabitkan peruntukan sebanyak RM75 juta dengan RM20 juta adalah peruntukan tambahan kerajaan dan RM55 juta lagi menggunakan sumber dalaman UA,” katanya.

Bagi semester pertama sesi akademik 2020/2021, pengurangan yuran adalah sebanyak RM70.2 juta diberikan oleh UA manakala pengurangan pada sesi kedua sesi akademik 2020/2021 membabitkan sejumlah RM40.5 juta.

“Inisiatif ini membabitkan implikasi kewangan dianggarkan berjumlah RM185.7 juta bagi dimanfaatkan 386,142 pelajar untuk ketiga-tiga semester berkenaan.

“Langkah-langkah yang diambil ini jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam menangani bebanan kewangan yang dihadapi oleh pelajar dan ibubapa.

“Kementerian berpandangan kadar pengurangan yuran yang dinyatakan adalah munasabah memandangkan 20 UA yang terbabit terpaksa menanggung kos operasi yang tinggi dengan menggunakan sumber peruntukan dalaman susulan penurunan penjanaan pendapatan menerusi yuran pelajar selain pengurangan peruntukan mengurus oleh kerajaan berikutan pandemik Covid-19,” katanya. – myMetro Online

Tags: kementerian pengajian tinggiUniversiti Awamyuran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 10,000 Sekolah, Universiti Awam Terbabit Kempen Keselamatan Dalam Talian

Lebih 10,000 Sekolah, Universiti Awam Terbabit Kempen Keselamatan Dalam Talian

11/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian bertujuan untuk meningkatkan kesedaran segenap lapisan masyarakat mengenai keselamatan internet, akan dilaksanakan di...

R&D Lonjak Imej PolyCC Relevan Keperluan Semasa

R&D Lonjak Imej PolyCC Relevan Keperluan Semasa

29/07/2024
0

SELARAS dengan peredaran zaman, penyelidikan dan pembangunan (R&D) pada masakini bukan sahaja tertumpu kepada syarikat komersial di seluruh dunia semata-mata,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd