• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenapa Bantah Bendera Putih? – Puad Zarkashi

oleh
02/07/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dengan sinis mempersoal pihak tertentu yang tidak bersetuju dengan kempen menaikkan bendera putih.

Kempen tersebut yang bermula di media sosial mengajak orang ramai untuk mengibarkan bendera berwarna putih sekiranya memerlukan bantuan.

“Kenapa bantah bendera putih?

“Kerana ia propaganda politik. Motifnya ialah untuk burukkan dan jatuhkan kerajaaan Perikatan Nasional (PN)?

“Ada pula yang beranggapan, jika PN jatuh bukan bendera putih yang berkibar. Bendera DAP yang akan naik,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Tambah Puad lagi, tidakkah yang membantah itu yang sebenarnya main politik kerana gentar kerajaan PN akan mendapat malu dan jatuh.

“Ada pula yang berpendapat bendera putih cerminkan sikap mengalah dan berputus asa. Mereka bukan tidak mahu kerja dan mengemis di tepi jalan.

“Tetapi kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka hilang kerja dan sumber pendapatan. Tempat kerja tutup atau bisnes kecil tutup.

“Ambil contoh pekerja hotel, tukang gunting rambut, pengusaha car wash dan lain lain. Mereka itu malas kerja ke?”

Jelas beliau lagi golongan yang terjejas ini bukan menaikkan bendera putih sepanjang hayat atau setiap hari.

“Sumbangan yang mereka terima pun boleh bertahan seminggu sahaja.

“Sepatutnya pemimpin dan orang agama lebih sesuai ambil sikap husnuzon iaitu bersangka baik,” jelas beliau lagi. – UMNO Online

Tags: bendera putihPuad ZarkashiUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

17/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Jurucakap Pulau Pinang, Datuk Mohd Noor Ahmad mahu UMNO meneliti secara mendalam usaha persempadanan semula kawasan pilihan raya,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd