• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ismail Sabri Layak Jadi PM Interim – Shahrir

oleh
08/07/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad berpandangan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob layak mengambil alih jawatan Perdana Menteri Interim bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut beliau, Ahli Parlimen Bera itu mendapat kepercayaan Muhyiddin berbanding menteri kanan yang lain apabila dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Kalau Tan Sri Muhyiddin turun pun, sudah ada timbalan yang boleh mengambil alih.

“Sekarang sudah jelas. Ismail Sabri boleh jadi perdana menteri sementara, kerajaan tidak goyang,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Khamis.

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Rabu membuat keputusan menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkuat kuasa serta-merta.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO mendesak agar Muhyiddin dapat berundur secara terhormat bagi membolehkan seorang perdana menteri baharu dilantik untuk suatu tempoh yang terhad.

Ujar Shahrir, Ismail Sabri perlu mendapatkan restu parti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Kesembilan dan sokongan Dewan Rakyat seperti yang dilakukan Allahyarham Tun Hussein Onn dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Selain itu, Shahrir berkata, menteri daripada UMNO tidak perlu rasa serba salah atau malu dengan keputusan yang dibuat MKT menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin.

Jelasnya, keputusan tersebut seperti peristiwa yang berlaku selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 apabila Muhyiddin meminta Tun Abdullah meletakkan jawatan dari tempoh setahun yang dicadangkan.

“Selepas bercakap di Singapura supaya Tun Abdullah turun segera, Muhyiddin terus kekal duduk dalam jemaah menteri pilihan Tun Abdullah.

“Tak de pun rasa serba salah atau malu. Jadi, menteri-menteri UMNO tidak perlu rasa malu. Rasa malu kepada parti? Ini kena tepuk dada, tanya selera. Kalau dalam dada ada prinsip dan falsafah, seleranya jelas,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Ismail Sabri Yaakobperdana menteri interimShahrir Samad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shahrir: Kerjasama Dengan UMNO Bukan ‘Red Line’ Untuk DAP?

Shahrir: Kerjasama Dengan UMNO Bukan ‘Red Line’ Untuk DAP?

04/05/2023
0

Veteran Umno Shahrir Samad mempersoalkan apakah kerjasama dengan Umno dalam kerajaan pusat kini bukan ‘red line’ (batasan) bagi akar umbi...

Zahid Sedia Dedah Surat RoS UMNO, Sahut Cabaran Ismail Sabri

Zahid Sedia Dedah Surat RoS UMNO, Sahut Cabaran Ismail Sabri

05/03/2023
0

ALOR SETAR: UMNO sedia mendedahkan surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) untuk membuktikan badan itu menerima usul dibuat ketika Persidangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd