• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Tangguh Pemilihan Sehingga 18 Bulan

oleh
29/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – UMNO menangguhkan pemilihannya di semua peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) selama 18 bulan bermula esok. 

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata pihaknya sudah menemui dan menulis surat kepada Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan (KKM) serta Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

Katanya, surat-surat jawapan sudah diperoleh daripada Ketua Pengarah KKM bertarikh 10 Mei lalu sementara Ketua Pengarah ROS dan MKN masing-masing bertarikh 2 Jun dan 11 Jun lalu.

“Inti pati surat jawapan daripada KKM dan MKN mencadangkan mesyuarat dan pemilihan UMNO dibuat secara dalam talian/maya.

“Namun, disebut dalam surat KKM dan MKN juga sekiranya tidak boleh dibuat secara dalam talian, maka pemilihan perlu ditangguhkan hingga ke satu tarikh dan keadaan bila pandemik COVID-19 adalah terkawal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, UMNO tidak pernah melaksanakan mesyuarat dan persidangan dengan pemilihan secara dalam talian di semua peringkat berikutan kekhuatiran berlaku kesilapan teknikal yang tinggi dengan kesukaran liputan internet di kawasan luar bandar adalah suatu masalah benar.

“Terdapat 66,287 mesyuarat dan pemilihan yang perlu diadakan membabitkan kehadiran 3.3 juta ahli UMNO iaitu 21,135 mesyuarat Cawangan, Wanita Cawangan (21,058 mesyuarat), Pemuda Cawangan (15,496 mesyuarat) dan 8,598 mesyuarat Puteri Cawangan.

“Terdapat juga 764 persidangan perwakilan bahagian yang terdiri daripada 191 persidangan untuk setiap empat peringkat di Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri. 

“Semua ini mesti dijalankan secara serentak dalam tempoh dua hujung minggu. Tentunya sukar persidangan perwakilan bahagian empat peringkat diadakan secara serentak dalam keadaan wujudnya kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau PKP Bersyarat atau PKP Diperketatkan,” katanya. 

Katanya, keputusan penangguhan itu selaras fasal 10.16 Perlembagaan UMNO iaitu MKT berhak menangguhkan pemilihan di peringkat MKT, bahagian dan cawangan dan penangguhan tidak boleh lebih daripada lapan belas bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya.

“Pada 30 Jun 2021 (esok) genap tiga tahun pemilihan UMNO. Maka UMNO sepatutnya dalam keadaan biasa perlu membuat pemilihan semula,” katanya memaklumkan MKT sebelum ini menetapkan UMNO merujuk kepada MKN dan ROS bagi mendapatkan panduan.

Biarpun penangguhan dibuat, Ahmad berkata, mesyuarat cawangan, bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO 2021, tanpa diadakan pemilihan dengan kehadiran hanya satu perempat korum atau 25 peratus kehadiran masih perlu dibuat termasuk secara dalam talian atau maya.

Katanya, cadangan tarikh mesyuarat cawangan empat peringkat (tanpa pemilihan) hendaklah diadakan pada 15 Ogos hingga 30 September ini. 

“Ini untuk memenuhi prosedur tahunan pertubuhan. Jika ada pemilihan, tentunya tidak boleh syarat satu perempat kehadiran itu dipakai kerana semua ahli seramai 3.3 juta orang mempunyai hak untuk mengundi,” katanya. – BH Online

Tags: pemilihan UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shamsul Anuar Peroleh Undi Tertinggi Jawatan MKT UMNO

Shamsul Anuar Peroleh Undi Tertinggi Jawatan MKT UMNO

19/03/2023
0

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Shamsul Anuar Nasarah mendahului perebutan kerusi Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno dengan memperoleh undi tertinggi...

Keputusan Rasmi Naib Presiden UMNO Dijangka Ambil Masa Hingga 72 Jam

Keputusan Rasmi Naib Presiden UMNO Dijangka Ambil Masa Hingga 72 Jam

19/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Keputusan rasmi dalam perebutan jawatan Naib Presiden UMNO tidak mungkin dapat dimuktamadkan malam ini. Ikuti Mynewshub: Telegram Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd