• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO, DAP Enggan Ulas Pertemuan Dengan Agong

oleh
08/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – UMNO dan DAP enggan mengulas mengenai pertemuan bersama Yang di-Pertuan Agong yang didakwa sedang dalam perancangan dan bakal berlangsung selama beberapa hari bermula Rabu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, beliau tidak boleh memberi apa-apa ulasan berkaitan pertemuan tersebut.

“Saya tidak boleh memberikan jawapan tentang itu kerana jika melibatkan surat daripada Istana, ia berstatus sulit. Jadi, sukar saya untuk mengesahkan,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Sebelum ini, akhbar The Star yang memetik sumber sebagai berkata, perjumpaan berprofil tinggi itu akan dimulai dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Rabu (9 Jun), diikuti DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 10 Jun, seterusnya Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan UMNO pada 11 Jun.

Pada Isnin, bekas ahli UMNO, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang dikenali sebagai penyokong kuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ciapan Twitter menghargai perkenan Yang di-Pertuan Agong berhubung suatu Majlis Menghadap oleh semua ketua dari keseluruhan parti-parti politik.

Mengulas lanjut, Ahmad yang merupakan Ahli Parlimen Pontian enggan memberikan komen mengenai kenyataan dibuat Khairuddin itu.

“Dia (Khairuddin) bukan ahli Parlimen atau apa pun. Dia tidak ada kebertanggungjawaban yang berat, tidak ada jawatan dalam parti. Kami ini ahli Parlimen, Setiausaha Agung ada kebertanggungjawaban,” katanya.

Sementara itu, mengulas isu sama, Pengerusi DAP Kebangsaan, Tan Kok Wai juga enggan mengulas mengenai pertemuan terbabit.

“Tiada komen,” jawabnya ringkas. – Sinar Harian

Tags: DAPparti politikUMNOYang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dari ‘Jeff I Kill My Brother’ Ke Realiti Hari Ini: Tragedi Pemandu Mabuk Masih Berulang

Dari ‘Jeff I Kill My Brother’ Ke Realiti Hari Ini: Tragedi Pemandu Mabuk Masih Berulang

31/03/2026
0

RAKYAT tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang senada menuntut tindakan lebih tegas dan serius diambil bagi menangani isu pemandu...

Fenomena Cuaca Panas: Agong Nasihat Rakyat Ambil Langkah Berjaga-Jaga

Fenomena Cuaca Panas: Agong Nasihat Rakyat Ambil Langkah Berjaga-Jaga

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, bertitah menasihatkan rakyat supaya mengambil langkah berjaga-jaga berikutan keadaan cuaca panas yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd