• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tok Pa Antara 4 Individu Disiasat Langgar SOP

oleh
28/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JELI – Polis membuka kertas siasatan terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed susulan gambar yang tular sedang makan di sebuah kafe di Jeli, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Arifin, berkata Ahli Perlimen Jeli dan beberapa individu lain disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Katanya, pihaknya menerima satu laporan polis semalam susulan gambar berkenaan tular di media sosial.

“Bertindak atas laporan polis, kita membuka siasatan terhadap empat individu berkenaan termasuk Datuk Seri Mustapa dan pemilik kedai makan berkenaan kerana melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kita akan memanggil kesemua individu dalam gambar dalam masa terdekat untuk diambil keterangan bagi melengkapkan kertas siasatan.

“Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang melanggar SOP termasuk pemimpin kerajaan,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, tular gambar Mustapa dan pegawainya serta pemilik kedai berkenaan sedang menjamu selera di sebuah kafe di Jeli.

Gambar berkenaan pada asalnya dimuat naik oleh pemilik kedai makan berkenaan di Facebook yang meluahkan rasa gembira atas kunjungan Ahli Parlimen berkenaan di premis miliknya.

Susulan tindakan berkenaan, gambar itu tular dan ramai yang mempertikai tindakan Ahli Parlimen itu melanggar SOP apabila makan di dalam kedai, sedangkan ia dilarang dalam tempoh PKP.

Mustapa malam tadi, memohon maaf atas pelanggaran SOP ketika mengunjungi sebuah kafe di Kalai, Jeli.

Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, Mustapa turut menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Mustapa mengaku berada dan dihidangkan makanan di Alfath Café, Kampung Kalai, kelmarin. – BH Online

Tags: Ahli Parlimen Jelilanggar SOPMustapa Mohamed
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Euro 2020: Rekod Itali 90 Tahun Lebur

Next Post

Hampir 4 Juta Terkorban Akibat Covid-19 Di Seluruh Dunia

Related Posts

Langgar SOP Bukan Satu Jenayah, Tak Perlu Letak Jawatan – PM

14/02/2022
0

SHAH ALAM : Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak perlu meletakkan jawatannya walaupun didapati bersalah melanggar prosedur...

Hishammuddin Digesa Letak Jawatan Kerana Langgar SOP

14/02/2022
0

Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh mendesak Menteri Kanan Hishammuddin Hussein meletak jawatan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) pada acara...

Next Post

Hampir 4 Juta Terkorban Akibat Covid-19 Di Seluruh Dunia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd